Sabtu, 30 Disember 2017

PROGRAM PENERANGAN NAIMbif KAWASAN DEWAN UNDANGAN NEGERI JELAWAT



Pada 28 Disember 2017 Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan telah mengadakan Majlis Penerangan (Roadshow) NAIMbif bertempat di Dataran Ilmu Kedai Gunong Bachok. Majlis penerangan ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Hj.Abdul Aziz bin Kadir,Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian,Industri Asas Tani,Bioteknologi dan teknologi Hijau Negeri Kelantan.

YB. Hj.Abdul Aziz bersama pegawai kanan JPV dipentas utama
Seramai 100 orang peserta menghadiri majlis ini terdiri dari Penggawa,Penghulu-penghulu dan penternak  dikawasan Dewan Undangan negeri Jelawat.

Majlis ini juga turut dihadiri oleh Ybrs. Dr Syarifah Asiah bt. Mohd Amin Timbalan Pengarah(Pembangunan) Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan, Pegawai Perkhidmatan Veterinar Jajahan Bachok serta pegawai-pegawai kanan jabatan yang lain. 


Penerangan mengenai pembangunan NAIMbif telah disampaikan  oleh En. Abd. Halim bin Mohamed, Ketua Bahagian Perancang dan Penilaian Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan.Sessi soal jawab dan perbincangan dua hala diantara peserta diadakan bagi mendapat pandangan awam bagi menambah baik lagi keberkesanan perlaksanaan NAIMbif.

Pada majlis tersebut juga Yang Berhormat Hj. Abdul Aziz menyampaikan sumbangan produk sokongan NAIMbif iaitu berupa makanan tambahan (DP-BIOPLUS) dan Larutan Efektif Mikrob(EM) kepada penternak-penternak yang hadir.Majlis diakhiri dengan jamuan makan tengahari bersurai jam 1.00 tengahari.



En.Abd.Halim menyampaikan penerangan NAIMbif kepada peserta






Selasa, 26 Disember 2017

MAJLIS PENERANGAN NAIMbif JAJAHAN BACHOK




Pada 09 November 2017 Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan telah mengadakan Majlis Penerangan (Roadshow) NAIMbif bertempat di ladang Bridlot Abang Leh,Kg.Aman,Kandis Bachok. Majlis penerangan ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Haji Che Abdullah bin Haji Mat Nawi, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian,Industri Asas Tani,Bioteknologi dan teknologi Hijau Negeri Kelantan.

Majlis ini juga turut dihadiri oleh YB. Tuan Haji.Abdul Aziz bin Kadir Timbalan Pengerusi 
Jawatankuasa Pertanian,Industri Asas Tani,Bioteknologi dan teknologi Hijau Negeri Kelantan, YB. Tuan Haji Huzaimi ADUN Perupok,   Tuan ketua Jajahan Bachok, manakala Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan di wakili oleh Dr.Madzlan bin Mohd Salleh Timbalan Pengarah, serta pegawai-pegawai kanan jabatan yang lain. 
Dato' Haji Che Abdullah bin Haji Mat Nawi,diiringi oleh pegawai jabatan 
kepentas utama Majlis penerangan NAIMbif

Objektif utama majlis ini adalah memberi penerangan kepada penternak dan masyarakat setempat mengenai Plan Pembangunan lembu jenama Kelantan NAIMbif.

Seramai 350 orang penternak dari jajahan Bachok hadir dalam majlis ini yang turut sama dihadiri pemimpin masyarakat setempat.Pada majlis ini seramai 10 orang penternak bridlot diberi sijil penyertaan Skim NAIMbif.


Yang Berhormat Dato' Haji Che Abdullah  juga dibawa melawat beberapa buah model ladang lembu NAIMbif yang dipelihara secara bridlot di Kg.Aman.majlis diakhiri dengan jamuan makan tengahari dan bersurai jam 1.00 tengahari.