Isnin, 27 Ogos 2018

KELANTAN BAKAL PENGELUAR SEMEN BEKU NAIMbif



Pada 21 Ogos 2018 telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Perlaksanaan Projek Pelestarian lembu NAIMbif 2018 bagi mengeluarkan semen beku, bertempat di Bilik Mesyuarat PMBK Kota Bharu.Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Pengurus Besar Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd. Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan Dr. Suratan bin Kamarudin  bersama dengan lima orang pegawai dari Jabatan turut hadir dalam mesyuarat pertama kali ini.


En.Hafiz pegawai dari  Institut Bioteknlologi Veterinar Kebangsaan(IBVK) Jerantut,Pahang turut hadir sebagai pegawai rujukan dalam perlaksanaan projek printis pengeluaran semen beku NAIMbif ini.

Tujuan utama mesyuarat kali ini adalah bagi memuktamadkan projek pengeluaran semen beku NAIMbif untuk kegunaan tempatan bagi mengurangkan kebergantungan kepada sumber impot.

Mesyuarat telah bersetuju untuk menyediakan jadual perbatuan pelaksanaan projek dengan lebih tersusun menepati sasaran yang ditetapkan. Mesyuarat juga memutuskan Institut Bioteknlologi Veterinar Kebangsaan(IBVK) adalah agensi jabatan yang akan menjalankan proses pengeluaran semen beku ini.


Jawatankuasa Urus Setia Projek Pungutan Semen Beku NAIMbif:

Pengerusi:
Pengurus Besar Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd


Jawatankuasa Teknikal Projek Pungutan Semen Beku NAIMbif:

Pengerusi: 
Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan 



Jumaat, 17 Ogos 2018

TAKLIMAT NAIMbif KEPADA PELABUR DARI NEGARA QATAR


Pada 16 Ogos 2018 Mesyuarat pelaburan dalam bidang penternak lembu pedaging secara fidlot di Negeri Kelantan oleh syarikat  ORYX VENTURES SDN. BHD yang berpengkalan di  Negara Qatar telah berlangsung di Bilik Mesyuarat AMK Kompleks Kota Darul Naim.Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YB Pengerusi Jawatankuasa Pertainian,Industri Asas Tani,Bioteknologi ,Teknologi Hijau &Alam Sekitar Negeri Kelantan.Objek utama Pelaburan syarikat ini adalah bagi meningkatkan pengeluaran daging halal untuk pasaran tempat dan ekspot.Pelan pengeluaran yang dicadangkan adalah 4,000 pada tahun pertama dan 20,000 ekor menjelang tahun kelima.

YB EXCO menyampaikan taklimat kepada pegawai
 ORYX VENTURES SDN. BHD.
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan diwakili oleh dua orang pegawai iaitu Dr. Syarifah Asiah bt. Mohd Amin dan En. Hassan bin Zainudin.

Selepas mesyuarat tersebut YB Pengerusi Jawatankuasa Pertainian,Industri Asas Tani,Bioteknologi ,Teknologi Hijau &Alam Sekitar Negeri Kelantan telah menyampaikan taklimat ringkas mengenai pelan perlaksanaan NAIMbif kepada  pegawai ORYX VENTURES SDN. BHD dan menghadiahkan buku Pelan Pembangunan Sistem Pengeluaran lembu Pedaging Hibrid Jenama NAIMbif untuk dijadikan sebahagian dari pelan pelaburan syarikat berkenaan.

Rabu, 8 Ogos 2018

MAJLIS PENERANGAN (ROAD SHOW) NAIMbif JAJAHAN MACHANG


Pada 08 Julai 2018 telah berlangsung Majlis penerangan NAIMbif peringkat Jajahan Machang di ladang lembu En.Sukeri ,Pulai Chondong,Machang,Kelantan.Seramai 120 orang peserta dan 20 orang pegawai jabatan telah menghadiri majlis pada kali ini.

Majlis pada kali ini turut dihadiri oleh Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan dan pegawai kanan jabatan.Pada majlis ini juga Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan menyampaikan sijil penyertaan Skim NAIMbif kepada 10 orang penternak yang telah mencapai tahap dan kelayakan sebagai penternak dibawah NAIMbif.