Ahad, 8 Julai 2018

PREMIS NAIMbif TERBESAR DI JAJAHAN TANAH MERAH


Hari ini 5 Julai 2018 berkesempatan melawat Premis NAIMbif Syarikat Bitara Kualiti Sdn Bhd, Kg. Sungai Keladi,Tanah Merah .Premis ini dimiliki oleh En.Nik Razani yang mempunyai  42 ekor lembu kacukan Charolais dimana 32 ekor daripadanya adalah induk pembiak. Sistem pengurusan ternakan adalah secara intensif `bridlot' dengan menggunakan kaedah pembiakan secara permanian beradas.

Premis ini mempunyai 2 buah kandang yang menempatkan induk ,1 buah kandang menempatkan anak lembu dan 1 kandang dalam proses pembinaan .Dua orang pekerja ditugaskan bagi menjalankan aktiviti pengurusan harian ternakan.  Projek ini diberi perkhidmatan dan khidmat nasihat oleh pegawai dari Pejabat perkhidmatan Veterinar Jajahan Tanah Merah.



Isnin, 14 Mei 2018

SIDANG PENTERNAK NAIMbif JAJAHAN KOTA BHARU


Pada 14 Mei 2018 Sidang penternak NAIMbif telah diadakan di premis En.Aminzan bin Harun Pasir Hor,Kota Bharu,Kelantan.seramai 50 orang penternak dan pegawai jabatan telah menghadiri sidang penternak pada kali ini.Tujuan utama sidang penternak pada hari ini adalah bagi mempromosi pelan pembangunan sistem pengeluaran lembu hybrid NAIMbif.

Dua sessi ceramah penerangan mengenai NAIMbif telah disampaikan oleh Dr.Syarikaf Asiah binti Hj.Mohd Amin, Dr.Nurul Huda ,En.Hassan bin Zainudin dan Tuan Haji Zailani bin Husain.Majlis perasmian penutup disempurnakan oleh Yang Amat Berusaha Dr. Suratan bin Kamaruddin Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan.






Sabtu, 27 Januari 2018

BENGKEL PENGHAYATAN PELAN PEMBANGUNAN NAIMbif



Pada 22-24 Januari 2018 Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan telah mengadakan Bengkel Penghayatan Pelan Pembanguan NAIMbif bertempat di Pejabat Kawasan Tumpuan Sasaran(KTS) Zon Kelantan,Machang Kelantan.Sebanyak 10 kertas kerja telah dibentangkan dalam Bengkel berkenaan untuk dibincangkan bagi mengukuhkan Pelan Pembanguan NAIMbif yang telah
Dr.Suratan Pengarah JPVNK menyampaikan ucapan perasmian
Bengkel Penghayatan Pelan Pembanguan NAIMbif.
dilancarkan.

Seramai 45 orang pegawai dan kakitangan Jabatan telah menghadiri Bengkel ini.Bengkel ini telah dirasmikan oleh Dr.Suratan bin Kamarudin,Pengarah. Jabaatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan.

Secara keseluruhannya bengkel ini telah berjaya memberi imput yang sangat berguna bagi menambahbaik Pelan Pembanguan NAIMbif untuk dilaksanakan.

Terima kasih kepada semua pihak diatas sokongan yang diberikan bagi menjayakan Bengkel Penghayatan Pelan Pembanguan NAIMbif pada kali ini.







Isnin, 8 Januari 2018

MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK PELAN PEMBANGUNAN NAIMbif bil. 1/2018



Pada 7 Januari 2018 jam 2.30 ptg telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pelan Pembangunan NAIMbif Bil.1/2018. Mesyuarat dipengerusikan sendiri oleh Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan.

Agenda utama yang dibincangkan adalah Penambahbaikan kepada Kod Amalan NAIMbif kepada  Garis Panduan NAIMbif, Program NAIMbif Di Hatiku yang akan disempurnakan oleh Yang teramat Mulia Pemangku Sultan Kelantan di Jajahan Tumpat dan Bengkel Penghayatan NAIMbif  yang akan diadakan pada 21-23 Januari 2018 di Pejabat KTS Machang. Mesyuarat berakhir jam 5.00petang.



Rabu, 3 Januari 2018

LAWATAN KE PREMIS NAIMbif JAJAHAN BACHOK



Pada 03 Januari 2018 Tiga orang pegawai pemantau NAIMbif ,En.Abd. Halim Bahagian Perancang dan Penilaian,En.Hassan dan En.Azman dari Seksyen Pembiakan JPVNK  telah  mengadakan aktiviti lawatan ke premis NAIMbif di jajahan Bachok. Aktiviti  diadakan bagi tujuan pemantauan dan mengumpulkan data serta isu terkini  mengenai pengurusan NAIMbif diperingkat penternak.

Premis yang dilawati adalah En.Abdul Halim bin Ab .Rahman, En.Mohd Razak bin Nawi, En.Mohd Zulkhari bin Ibrahim  Kg. Gong Batu dan Tuan Haji Muhamad bin Dollah Kg. Beris Pancur Tawang Bachok.






Sabtu, 30 Disember 2017

PROGRAM PENERANGAN NAIMbif KAWASAN DEWAN UNDANGAN NEGERI JELAWAT



Pada 28 Disember 2017 Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan telah mengadakan Majlis Penerangan (Roadshow) NAIMbif bertempat di Dataran Ilmu Kedai Gunong Bachok. Majlis penerangan ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Hj.Abdul Aziz bin Kadir,Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian,Industri Asas Tani,Bioteknologi dan teknologi Hijau Negeri Kelantan.

YB. Hj.Abdul Aziz bersama pegawai kanan JPV dipentas utama
Seramai 100 orang peserta menghadiri majlis ini terdiri dari Penggawa,Penghulu-penghulu dan penternak  dikawasan Dewan Undangan negeri Jelawat.

Majlis ini juga turut dihadiri oleh Ybrs. Dr Syarifah Asiah bt. Mohd Amin Timbalan Pengarah(Pembangunan) Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan, Pegawai Perkhidmatan Veterinar Jajahan Bachok serta pegawai-pegawai kanan jabatan yang lain. 


Penerangan mengenai pembangunan NAIMbif telah disampaikan  oleh En. Abd. Halim bin Mohamed, Ketua Bahagian Perancang dan Penilaian Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan.Sessi soal jawab dan perbincangan dua hala diantara peserta diadakan bagi mendapat pandangan awam bagi menambah baik lagi keberkesanan perlaksanaan NAIMbif.

Pada majlis tersebut juga Yang Berhormat Hj. Abdul Aziz menyampaikan sumbangan produk sokongan NAIMbif iaitu berupa makanan tambahan (DP-BIOPLUS) dan Larutan Efektif Mikrob(EM) kepada penternak-penternak yang hadir.Majlis diakhiri dengan jamuan makan tengahari bersurai jam 1.00 tengahari.



En.Abd.Halim menyampaikan penerangan NAIMbif kepada peserta






Selasa, 26 Disember 2017

MAJLIS PENERANGAN NAIMbif JAJAHAN BACHOK




Pada 09 November 2017 Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan telah mengadakan Majlis Penerangan (Roadshow) NAIMbif bertempat di ladang Bridlot Abang Leh,Kg.Aman,Kandis Bachok. Majlis penerangan ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Haji Che Abdullah bin Haji Mat Nawi, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian,Industri Asas Tani,Bioteknologi dan teknologi Hijau Negeri Kelantan.

Majlis ini juga turut dihadiri oleh YB. Tuan Haji.Abdul Aziz bin Kadir Timbalan Pengerusi 
Jawatankuasa Pertanian,Industri Asas Tani,Bioteknologi dan teknologi Hijau Negeri Kelantan, YB. Tuan Haji Huzaimi ADUN Perupok,   Tuan ketua Jajahan Bachok, manakala Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan di wakili oleh Dr.Madzlan bin Mohd Salleh Timbalan Pengarah, serta pegawai-pegawai kanan jabatan yang lain. 
Dato' Haji Che Abdullah bin Haji Mat Nawi,diiringi oleh pegawai jabatan 
kepentas utama Majlis penerangan NAIMbif

Objektif utama majlis ini adalah memberi penerangan kepada penternak dan masyarakat setempat mengenai Plan Pembangunan lembu jenama Kelantan NAIMbif.

Seramai 350 orang penternak dari jajahan Bachok hadir dalam majlis ini yang turut sama dihadiri pemimpin masyarakat setempat.Pada majlis ini seramai 10 orang penternak bridlot diberi sijil penyertaan Skim NAIMbif.


Yang Berhormat Dato' Haji Che Abdullah  juga dibawa melawat beberapa buah model ladang lembu NAIMbif yang dipelihara secara bridlot di Kg.Aman.majlis diakhiri dengan jamuan makan tengahari dan bersurai jam 1.00 tengahari.