En.Hafiz pegawai dari Institut Bioteknlologi Veterinar Kebangsaan(IBVK) Jerantut,Pahang turut hadir sebagai pegawai rujukan dalam perlaksanaan projek printis pengeluaran semen beku NAIMbif ini.
Tujuan utama mesyuarat kali ini adalah bagi memuktamadkan projek pengeluaran semen beku NAIMbif untuk kegunaan tempatan bagi mengurangkan kebergantungan kepada sumber impot.
Mesyuarat telah bersetuju untuk menyediakan jadual perbatuan pelaksanaan projek dengan lebih tersusun menepati sasaran yang ditetapkan. Mesyuarat juga memutuskan Institut Bioteknlologi Veterinar Kebangsaan(IBVK) adalah agensi jabatan yang akan menjalankan proses pengeluaran semen beku ini.

Jawatankuasa Urus Setia Projek Pungutan Semen Beku NAIMbif:
Pengerusi:
Pengurus Besar Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd
Jawatankuasa Teknikal Projek Pungutan Semen Beku NAIMbif:
Pengerusi:
Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan