PELAN PEMBANGUNAN NAIMBIF



PELAN  PEMBANGUNAN  SISTEM PENGELUARAN LEMBU PEDAGING HIBRID JENAMA NAIMbif


RINGKASAN

Pengeluaran lembu hibrid ‘Jenama Kelantan’ melalui sistem penternakan secara bridlot merupakan perancangan jangka panjang Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan (JPV) dalam usaha untuk menjenamakan sistem pengeluaran baka lembu kacukan beridentitikan masyarakat penternak negeri  Kelantan  yang boleh dikomersialkan dengan ciri-ciri yang menarik seperti  pengeluaran daging yang tinggi serta bermutu,  jinak, mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran, induk dengan sifat keibuan yang  baik, mudah diurus, produktif  dan sesuai dengan pemakanan bahan hijau serta sisa pertanian yang terdapat di kawasan sekitar.

Melalui sistem pengeluaran yang akan dinamakan sebagai NAIMbif ini, pengusaha yang terlibat, yang mampu memenuhi kriteria-kriteria  yang ditetapkan akan diberi pengiktirafan melalui proses akreditasi oleh JPV  selaku jabatan teknikal yang bertanggungjawab dalam memantau pelaksanaan perancangan tersebut.

NAIMbif adalah satu sistem pengeluaran lembu pedaging yang mendapat  akreditasi berasaskan kepada penggunaan  induk kacukan Charolais generasi F2 dan F3 sebagai keperluan minimum yang telah mencapai tahap piawaian kualiti yang ditetapkan, dipelihara secara gerompok semi-intensif bagi tujuan pembiakan  secara tertutup (bridlot)  bagi menghasilkan daging yang halal, berkualiti, bersih dan suci berasaskan hukum syarie selaras dengan konsep Bertani Satu Ibadah.
 
Falsafah  skim pengeluaran NAIMbif  adalah sebagaimana firman Allah -

'Makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah iaitu yang halal lagi baik dan bertakwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman'
(Surah Al-Maaidah –Ayat 88)                                                                             

Sistem penternakan secara bridlot di sini bermaksud kaedah menternak secara semi-intensif atau separa kurungan bagi tujuan pembiakan dimana sebahagian besar masa ternakan, terutamanya induk berada dalam kandang atau kawasan berpagar dengan diberi makan dari bahan-bahan hijau yang ditanam atau dari sisa-sisa pertanian yang dirawat serta konsentrat sebagai makanan tambahan. Proses pembiakan dilakukan secara permanian beradas.

Berdasarkan kepada perkembangan terkini, penternakan lembu kacukan yang berkualiti di negeri Kelantan semakin berkembang pesat dan berjaya menarik minat peminat-peminat lembu cantik sama ada dari dalam atau luar Kelantan. JPV merancang untuk memanfaatkan peluang ini melalui pendekatan untuk  menjadikan penternakan lembu hibrid sebagai pemacu kepada penjanaan ekonomi masyarakat penternak di negeri ini.

LATARBELAKANG

DASAR DAN SLOGAN  DI PERINGKAT NASIONAL DAN NEGERI YANG BERKAITAN DENGAN PEMBANGUNAN INDUSTRI PENTERNAKAN

Terdapat pelbagai dasar atau slogan sama ada di peringkat nasional atau negeri yang telah dan sedang dilaksanakan yang berkaitan dengan pembangunan sub-sektor ternakan.

Di peringkat nasional :

·           Pelan Imbangan Dagangan (Balance Of Trade)
·           Dasar Pertanian Negara
·           Dasar  Jaminan Bekalan Makanan Negara
·           Dasar Agromakanan  Negara
·           Slogan Pertanian Adalah Perniagaan
·           Transformasi Dalam Bidang Penternakan

Di peringkat negeri :

·           Pelan Strategik Pertanian Negeri Kelantan (EPID 2005-2020)
-          ke arah menjadikan Kelantan Jelapang Makanan Negara menjelang Tahun 2020

·           Bertani Satu Ibadah

Jika diteliti kesemua dasar dan slogan di atas menggambarkan komitmen atau keazaman   kerajaan  dalam menggerakkan seluruh sektor pertanian, termasuk penternakan ke arah pengeluaran yang lebih agresif dan mampan bagi menjana ekonomi rakyat dan negara.

Model Ekonomi Baru yang digarapkan di peringkat nasional mensasarkan untuk meningkatkan pendapatan negara kasar (GNI), dimana menjelang tahun 2020 bila Malaysia  mencapai tahap negara maju, pendapatan perkapita rakyat Malaysia ialah RM48,000  atau RM4,000 sebulan.

Rangka Transformasi Sektor  Agro Makanan  yang terdapat di dalam Dasar Agromakanan Negara (2011 hingga 2020) meletakkan objektif untuk meningkatkan pendapatan negara dan rakyat dan jaminan bekalan makanan negara.

Halatuju Strategik Dasar Agro Makanan Negara (2011-2020) di peringkat nasional dan Pelan  Strategik Pertanian Negeri Kelantan  (2005-2020) di peringkat negeri Kelantan merupakan dua dasar yang selaras dan selari. Kedua-duanya memberi penekanan kepada kepentingan penglibatan pihak swasta dan pemain-pemain industri dalam memacu pertumbuhan pengeluaran hasil pertanian yang dirancangkan.
Diantara perkara-perkara penting yang dilihat selari yang terkandung di dalam kedua-dua dasar di atas  ialah :

i.   Perluasan Amalan Pertanian Mesra Alam.

·      Penyelidikan dan pembangunan yang digerakkan ke  arah menjana teknologi hijau dan sistem pengeluaran yang mesra alam.

·           Amalan pertanian yang baik.

ii.    Peningkatan Pengeluaran Dan Produktiviti

·           Penggunaan tanah secara optimum

·           Peningkatan produktiviti tanah dan  pekerja melalui proses mekanisasi dan  automasi.

·     Pengurangan kos pengeluaran melalui proses mekanisasi , automasi  dan peningkatan kecekapan   sistem pengeluaran.

iii.      Penggunaan Bahan Buangan Dan Sampingan

·           Pengeluaran baja kompos atau baja organik

·           Pengeluaran makanan ternakan berasaskan sisa-sisa pertanian.

iv.       Pembangunan Sumber Manusia Berkualiti

·          Peningkatan kemahiran dan kepakaran di kalangan pegawai dan kakitangan yang menjadi pegawai sumber atau rujukan.

·           Peningkatan keusahawanan di kalangan pengusaha.

·    Peningkatan kompetensi di kalangan pegawai pengembangan yang berada di barisan hadapan.

v.         Pemakanan Untuk Kesihatan

·           Penghasilan produk yang selamat

·           Penggunaan hasil dan produk makanan tempatan.


INDUSTRI PENTERNAKAN DALAM KONTEKS PELAN STRATEGIK PERTANIAN NEGERI KELANTAN (EPID)

Pelan Strategik Pertanian Negeri Kelantan (EPID) merupakan Perancangan Strategik yang direkabentuk untuk  menjadi rujukan dan roadmap bagi perlaksanaan strategi sektor pertanian ke arah  merealisasikan sasaran Kelantan Jelapang Makanan Negara Menjelang Tahun 2020.

Sub-sektor penternakan tidak terkecuali dari terlibat di dalam perancangan pelan strategik tersebut. Pernyataan Misi  EPID yang berkaitan dengan   sub-sektor penternakan ialah; “Membangunkan Sub-Sektor Penternakan  Yang Berdaya Tahan Dan Berdaya Saing Bagi Meningkatkan Kualiti Kehidupan Masyarakat Penternak  Kelantan”.


TANGGUNGJAWAB JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR (JPV)  DALAM  MEREALISASIKAN PELAN STRATEGIK PERTANIAN NEGERI KELANTAN.

Antara tanggungjawab    JPV  dalam  merealisasikan Pelan Strategik  Pertanian  Negeri Kelantan ialah memperkukuhkan perkembangan  industri  ruminan  dan unggas   melalui  pelaksanaan objektif strategik yang telah ditetapkan. Untuk itu JPV perlu peka dan responsif terhadap  pelbagai impak negatif  yang berkaitan dengan  bidang penternakan  yang  boleh  mengganggu  perjalanan EPID. 

STRATEGI YANG DIRANGKA OLEH JPV KE ARAH PENCAPAIAN  PELAN STRATEGIK PERTANIAN NEGERI KELANTAN DALAM BIDANG PENTERNAKAN LEMBU PEDAGING

Menjelang tahun 2020, industri ternakan di negeri Kelantan perlu dibina secara selektif serta mengarah kepada  penternakan secara lestari  melalui  aplikasi teknologi hijau - zero waste industry. Melalui pendekatan ini, sis-sisa ladang seperti tinja akan diproses untuk menjadi baja organik yang akan meningkatkan pendapatan bidangusaha. (“Waste   To Wealth”).

Usaha akan dibuat ke  arah memperkukuh bidang-bidang serta bahagian yang lemah dan terdedah kepada pesaing seperti :

i.          Mempertingkat kualiti produk,
ii.         Meningkatkan produktiviti ladang,
iii.        Meningkatkan kawalan bio-sekuriti,
iv.        Meningkatkan efisiensi pengeluaran,
v.         Memperbaiki sistem  pengeluaran


Pemain yang terlibat di dalam industri perlu bersaing untuk menjadi peneraju pasaran (market leader). Kekuatan yang ada pada penternak Kelantan dalam pengeluaran lembu-lembu hibrid  berkualiti perlu  diguna dengan sebaik mungkin.


  • Pendekatan Strategi 1 :

Meningkatkan Populasi Baka Berkualiti Untuk Pengeluaran Yang Mapan Dan Ekonomik.

Program 1 :  Meningkatkan jumlah induk lembu berkualiti  dalam populasi ternakan

Aktiviti 1.1: Melancarkan Kempen ‘Jom  Pakat Simpan Induk Yang Berkualiti’ yang   bertujuan untuk menggalakkan penternak menyimpan induk-induk  lembu yang berkualiti bagi menghasilkan anak-anak lembu yang berkualiti

Aktiviti 1.2: Pembiakan secara permanian beradas menggunakan ‘sexed semen’   dimana  mani beku betina akan dibeli untuk disuntik kepada induk-induk berkualiti yang terpilih. Langkah ini  akan digunakan bagi memberi   insentif kepada penternak yang menyimpan induk yang berkualiti.
           
Aktiviti 1.3 :Membangunkan produk berupa ‘Lembu Jenama Kelantan’  yang   menggunakan induk-induk hibrid baka Charolais  sebagai asas pembiak. Ini merupakan perancangan jangka panjang JPV dalam menghasilkan lembu berkualiti yang mampu membawa identiti negeri Kelantan sebagai peneraju dalam bidang penternakan lembu hibrid di negara ini

Aktiviti 1.4     :Pembelian berstrategik induk-induk kacukan Charolais untuk
                        pengagihan secara pawah di bawah Projek Perintis Lembu Bridlot

Program 2 :     Mengukuhkan sistem perladangan  lembu secara  integrasi

Aktiviti 2.1 :   Mengukuh perhubungan kerajaan dengan agensi perladangan swasta

Program 3 :    Memperkasakan pemeliharaan lembu kacukan secara bridlot
  (Kaedah pembiakan induk-anak  melalui sistem pemiliharaan secara  semi-intensif menggunakan bahan hijau sebagai sumber makanan utama).
           
Aktiviti 3.1. :  Melancarkan Projek Perintis  Lembu Bridlot melalui Peruntukan
Pembangunan Negeri

                      
YB. Dato’ Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani,Bioteknologi 
 Dan Teknologi Hijau Negeri Kelantan sedang memasang RFID kepada
 induk pertama lembu Charolais yang dibeli untuk Projek Perintis Lembu Bridlot




YB Dato’ Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani,
Bioteknologi Dan Teknologi Hijau Negeri Kelantan tekun mendengar
penerangan  mengenai kaedah pembiakan yang digunakan dalam
pengeluaran lembu hibrid di Kelantan.









Aktiviti 3.2. : Menggalakkan penyertaan golongan wanita dan penternak muda atau   golonganbelia yang berpotensi

Aktiviti 3.3. : Mengukuhkan  perkidmatan  pembiakan secara permanian beradas

  • Pendekatan Strategi 2 :
Meningkatkan Keupayaan Daya Saing Industri Ruminan

Program 1 :    Meningkatkan daya saing penternak kecil  yang mewakili 99 peratus  daripada keseluruhan  penternak ruminan di negeri Kelantan
Aktiviti 1.1 :   Menggalakkan penternak-penternak bergerak melalui persatuan,  koperasi, konsortium dan sebagainya.
            Program 2 :    Membangunkan sistem maklumat dan infrastruktur pemasaran

Aktiviti 2.1 : Membangunkan sistem e-baka, e-dagang serta  rangkaian pasaran secara on-line

            Program 3 :    Memperkukuhkan program jaminan kualiti dan keselamatan makanan
Aktiviti 3.1 : Membangun dan membimbing usahawan ke  arah persijilan halal, sesuai dengan potensi   Kelantan sebagai Hub-Halal Malaysia

            Program 4 :   Meningkatkan mutu bekalan makanan ruminan

            Aktiviti 4.1 : Meningkatkan aplikasi bioteknologi

            Program 5 :   Mengurangkan pembaziran sumber

Aktiviti 5.1 :Amalan ‘zero waste industry’ , sebagai contohnya. memproses tinja  untuk dijadikan  baja kompos atau baja organik atau jerami padi terawat sebagai sumber makanan ruminan.

  • Pendekatan Strategi 3

Memperkasa Perkhidmatan Sokongan Berkualiti

Program 1 :   Mempertingkatkan kompentensi pegawai dan penternak

Aktiviti 1.1 :Menambahbaik  kurikulum dan kualiti kursus yang lebih terfokus kepada kumpulan sasar.

Aktiviti 1.2 : Meningkatkan keupayaan staf dalam perkhidmatan rundingcara terutama dalam bidang berkaitan pelaburan dalam bidang penternakan

            Program 2 :   Memperkukuhkan kawalan penyakit
           
Aktiviti 2.1 :  Survelan dan persampelan yang efisien dan berterusan secara berkala

Aktiviti 2.2 :  Penguatkuasaan undang-undang bagi mengawal penularan penyakit
Program 3 :   Penyelidikan  dan pembangunan yang  lebih fokus dan berterusan

Aktiviti 3.1 :Meningkatkan kerjasama dengan rakan kongsi  dalam meningkatkan  efisiensi  pengeluaran seperti aplikasi automasi dan mekanisasi dalam perladangan ternakan.

Program 4 :  Menerapkan dan memupuk minat dalam bidang ternakan bermula di peringkat awal persekolahan.

Aktiviti 4.1 :Menganjurkan pameran dan mengedar bahan-bahan bacaan  melalui pelbagai program seperti Bertani Satu Ibadah (BSI), Hari Peladang, Penternak dan Nelayan dan lain-lain

Program 5 :  Menerap minat keusahawanan di kalangan pelajar  institusi pengajian tinggi  yang menjalani  latihan industri

Aktiviti 5.1 :Mendedahkan mereka secara  ‘hands on’ dalam bidang-bidang pemprosesan dan pemasaran produk berasaskan hasilan ternakan

  • Pendekatan Strategi 4

Mengoptimum Pergunaan Tanah

Program 1 : Mencadangkan pengwujudan  dasar pengunaan tanah untuk pengeluaran ternakan

Aktiviti 1.1 :Memperbanyakan lagi tanah yang diwartakan bagi tujuan penternakan (Taman Kekal Pengeluaran Makanan)

Aktiviti 1.2 : Kawasan perladangan yang baru melalui proses tanam semula dijadikan  kawasan pengeluar  bahan makanan ruminan

Program 2 :  Zon Selatan sebagai kawasan pengeluaran daging secara ‘greenlotting’

Aktiviti 2.1 :Anak-anak jantan cerai susu dipelihara gemuk di kawasan khas menggunakan bahan hijau sebagai sumber makanan
           

SEJARAH PERKEMBANGAN PEMBIAKAN LEMBU HIBRID DI NEGERI KELANTAN

Sejarah penternakan lembu kacukan di negeri Kelantan telah bermula semenjak awal tahun 1973 dengan kemasukan sebanyak 350 dos semen beku lembu dari beberapa baka seperti Fresian, Jersey dan Australian Milking  Zebu (AMZ), Brahman, Sindhi, Santa Gethrudis, Hereford, Limousin, Angus dan Charolais.

Pada tahun-tahun berikutnya, beberapa jenis baka lain juga mula dibawa masuk seperti Brangus, Bali, Boran, Chianina, Belgian Blue,  Blonde d’Aquitaine dan Piedmontese.

Bagaimanapun baka-baka yang kekal popular sehingga kini ialah Charolais, Limousin dan Belgian Blue.

Berdasarkan kepada perkembangan terkini, mulai tahun 2014 JPV telah merancang untuk mengembangkan baka yang mampu memacu pengeluaran lembu pedaging kacukan yang dapat menyumbang kepada peningkatan pengeluaran dalam negeri.

Bagi menghasilkan lembu-lembu yang berkualiti ini, induk yang mempunyai ciri-ciri kualiti yang tinggi diperlukan disamping semen dari baka jantan yang unggul dan berkualiti. Dengan memperkenalkan kaedah pengiktirafan NAIMbif inilah JPV merancang untuk melahirkan seramai mungkin penternak-penternak yang memiliki induk-induk lembu yang terpilih serta  memenuhi kriteria yang telah ditentukan.


Anak lembu betina baka Kacukan Santa Gethrudis berumur 8 bulan 15 hari yang
lahir pada 4 Januari 1974 di Jajahan Bachok  adalah antara anak-anak kacukan
yang pertama lahir setelah perkhidmatan permanian beradas diperkenalkan
di negeri Kelantan




ISU DAN CABARAN YANG DIHADAPI DALAM PENGELUARAN LEMBU HIBRID DI NEGERI KELANTAN

Antara isu dan cabaran  pokok yang dihadapi dalam pengeluaran lembu pedaging hibrid di negeri Kelantan ialah :

1.        Bekalan Semen Beku Yang Terhad

Perkhidmatan yang paling kritikal dalam usaha untuk memajukan bidang penternakan lembu hibrid di negeri Kelantan ialah perkhidmatan permanian beradas. Walaupun mempunyai bilangan tenaga kerja terlatih yang cukup dalam bidang permanian beradas, kemampuan JPV dalam menyediakan bekalan semen yang terhad kini menjadi isu yang boleh menjejaskan usaha untuk memacu pertumbuhan bilangan  induk-induk lembu hibrid  di negeri ini.

Negeri Kelantan merupakan negeri yang terunggul di Malaysia dalam penyampaian perkhidmatan permanian beradas. Jumlah permintaan terhadap perkhidmatan permanian beradas lembu sentiasa meningkat dari tahun ke tahun.



Geraf A : Peningkatan Angka Suntikan Permanian Beradas Lembu Di Negeri
Kelantan Dari Tahun 2000 Hingga 2016 (dos)

JPV Kelantan memperolehi peruntukan dari Projek Pembangunan Negeri dan juga dari Ibu Pejabat Perkhidmatan Veterinar Malaysia setiap tahun untuk tujuan pembelian semen beku. Anggaran jumlah kos berdasarkan jumlah permintaan sekarang ialah antara RM450,000 hingga RM500,000 setahun, iaitu anggaran nilai pembelian semen sebanyak antara 18,000 hingga 20,000 dos. Setelah  pihak Ibu Pejabat menghentikan pembekalan semen pada tahun 2016, banyak permohonan-permohonan untuk perkhidmatan permanian beradas  yang tidak dapat dipenuhi kerana kehabisan bekalan semen. Jumlah  peruntukan pembangunan negeri yang ada sekarang hanya mampu untuk membeli  6,000 dos semen sahaja berbanding dengan keperluan yang kini mencecah 20,000 dos.

2.        Peningkatan Kos Pengeluaran

Kos makanan komersial atau konsentrat  sentiasa meningkat dari masa ke semasa. Penggantungan kepada makanan komersial yang diamalkan oleh kebanyakan penternak lembu hibrid  menyebabkan kos pengeluaran juga turut meningkat. Untuk itu, pembangunan sumber makanan berasaskan bahan hijau yang berkualiti yang boleh dihasilkan oleh penternak sendiri perlu dipergiatkan.

Kini masih terdapat banyak sumber bahan hijau yang boleh dimanfaatkan sebagai sumber makanan ternakan yang lebih murah yang belum dioptimumkan.

3.        Persaingan Guna Tanah Pertanian

  lembu ditambat meragut dikawasan lapang sebelum
 aktiviti pertanian lain dijalankan
Persaingan guna tanah untuk pelbagai aktiviti pertanian dan juga pembangunan menjadikan kawasan yang sesuai untuk penternak semakin terhad. Untuk itu, sistem penternakan ke arah lebih intensif perlu diperkembangkan dengan menggunakan bahan-bahan sampingan pertanian sebagai sumber makanan untuk lembu-lembu peliharaan.






4.        Keperluan Modal Yang Besar Untuk Operasi Pada Skala Komersial

Modal yang besar bagi memulakan sesuatu projek ternakan pada skala besar masih menjadi kekangan di kalangan kebanyakan penternakan. Untuk itu, satu bentuk bidangusaha yang efisien, walaupun berskala kecil yang boleh mendatangkan pulangan yang tinggi kepada pengusaha perlu diperkenalkan.

5.        Tahap Efisiensi  Yang Masih Perlu Ditingkatkan

Tahap efisiensi pengurusan pembiakan lembu pedaging di negeri ini masih boleh ditingkatkan lagi. Meningkatkan kadar kelahiran, mengurangkan  kadar kematian dan penambahbaikan kadar tumbesaran adalah diantara aspek-aspek yang perlu diberi perhatian.

Pada masa sekarang purata kadar kelahiran di kalangan induk-induk lembu di negeri Kelantan ialah di sekitar 73 peratus, yangmana merupakan antara pencapaian yang terbaik di Malaysia. (Jadual 1: Purata Kadar Kelahiran Lembu Di Kelantan Dari Tahun 2006 Hingga 2015). Melalui sistem pengurusan NAIMbif yang lebih cekap, kadar kelahiran ini boleh ditingkatkan lagi. Kajian secara rambang ke atas amalan-amalan penternakan lembu secara bridlot mendapati kadar tersebut boleh mencecah sehingga 90%.




Jadual 1: Purata Kadar Kelahiran Lembu Di Kelantan Dari Tahun 2006 Hingga 2015
Tahun
2006
2007
2008
2009
2010
2011
2012
2013
2014
2015
Kadar Kelahiran (%)
72.59
73.21
74.04
73.48
73.57
72.98
72.98
72.99
72.99
73.00


1.        Cabaran Untuk  Menjadikan Kelantan Dan Malaysia Bebas Penyakit Kuku Dan Mulut Dan Penyakit Bruselosis Menjelang Tahun 2018

Penyakit kuku dan mulut serta penyakit bruselosis merupakan penyakit yang boleh memberi kesan terhadap ekonomi penternak dan juga negara. Ancaman dari kedua-dua penyakit ini boleh merencatkan perkembangan industri penternakan lembu pedaging dan seterusnya menghambat pencapaian Pelan Strategik Pertanian Negeri Kelantan serta dasar untuk menjadikan negeri ini sebagai Jelapang Makanan Negara Menjelang Tahun 2020.

JPV perlu meneruskan program pemvaksinan, survelan  serta ujian saringan secara berkala dan berterusan agar negeri Kelantan dapat diisytiharkan bebas dari penyakit-penyakit  tersebut menjelang tahun 2018.

2.        Pemindahan Keluar Induk-Induk Lembu Hibrid Yang Berkualiti

Permintaan terhadap induk-induk lembu hibrid yang berkualiti yang dikeluarkan oleh penternak-penternak di negeri Kelantan oleh penternak dari luar negeri amatlah tinggi. Harga induk yang berkualiti mampu mencecah sehingga RM30,00 seekor. Penjualan keluar induk-induk ini akan menjejaskan usaha JPV untuk menambah bilangan induk lembu hibrid dalam populasi lembu di negeri ini.

3.        Isu Pencemaran Bau Dari Aktiviti Penternakan.

Penternakan secara intensif boleh menimbulkan kacauganggu bau kepada masyarakat sekitar jika tidak diurus dengan betul. Untuk itu kaedah penternakan yang mesra alam menggunakan aplikasi bioteknologi perlu diperluaskan.

Amalan menjaga kebersihan dalam penternakan mampu mencegah dari
berlakunya pencemaran alam sekitar.


4.        Ketiadaan Ladang Pembiak Berstruktur Yang Khusus

Ladang pembiak yang khusus bagi menghasilkan sesuatu baka memainkan peranan yang penting dalam memenuhi keperluan pasaran. Bagaimanapun untuk membangunkan sesebuah ladang pembiak yang khusus memerlukan modal yang besar. Dalam situasi penternakan di negeri Kelantan, penternak-penternak yang berpengalaman boleh digerakkan dalam unit-unit kecil bagi menghasilkan baka yang menjadi pilihan penternak. Penternak-penternak ini boleh menyimpan induk-induk baka yang terpilih dan boleh bertindak sebagai ladang pembiak dalam menghasilkan anak-anak lembu mengikut baka kacukan yang diperlukan.




ARAHTUJU NAIMbif SEBAGAI SISTEM PENTERNAKAN MASA HADAPAN


JPV telah menyiapkan ‘kod amalan’ untuk dijadikan panduan dalam pembangunan lembu hibrid Jenama Kelantan (NAIMbif)  secara bridlot. Peternak yang berjaya memenuhi kriteria NAIMbif akan diberi pengiktirafan oleh Jabatan

Pembangunan Lembu Jenama NAIMbif ini  akan dibuat secara bersepadu dengan lain-lain aktiviti yang menjana ekonomi masyarakat tani di luar bandar ke  arah menjadikan bidang tersebut sebagai pemangkin kepada aktiviti agropelancongan negeri Kelantan yang mana dijangka faedah atau manfaatnya akan dapat dikongsi secara lebih meluas di kalangan masyarakat tani di negeri Kelantan.

Arahtuju pembangunan NAIMbif ini digarap bagi menyediakan satu sistem penternakan yang  mempunyai ciri-ciri berdaya maju, berdaya saing dan berdaya tahan sesuai sebagai sistem penternakan di masa hadapan yang memberi tumpuan kepada kesejahteraan alam sekitar dan kejiranan, kemakmuran masyarakat pengusaha yang majoritinya adalah penternak kecil dan sederhana, kebajikan ternakan yang dipelihara, kecekapan gunapakai sumber serta juga keselamatan produk yang dihasilkan kepada pengguna.

          

1.        Kesejahteraan Alam Sekitar Dan Kejiranan

“Telah berlaku kerosakan di darat dan di laut kesan daripada perbuatan manusia, demikian (supaya Allah) merasakan kepada mereka terhadap (kerosakan) yang mereka lakukan, semoga mereka kembali bertaubat” – Surah Al-Rum, Ayat 41

Pelan  Pembangunan  Sistem Pengeluaran Lembu Pedaging Hibrid Jenama NAIMbif atau ringkasnya dipanggil NAIMbif ini akan memberi panduan kepada pengusaha agar menghargai kelestarian alam sekitar melalui amalan penternakan yang baik, yang tidak mendatangkan kerosakan kepada keharmonian ekosistem dan menimbulkan kacauganggu terhadap kejiranan. Amalan penternakan akan menjurus kepada aplikasi teknologi hijau yang menggalakkan kitar semula sisa buangan pertanian serta penggunaan bioteknologi dalam pengurusan pemakanan ternakan dan penjagaan perkekitaran.

2.       Kemakmuran Masyarakat  Pengusaha Yang Majoritinya Adalah Penternak Kecil Dan Sederhana

“Dan diantara haiwan ternak itu ada yang dijadikan untuk pengangkutan dan ada yang untuk disembelih. Makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepadamu, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu” – Surah Al-An’am, Ayat 142.

Sistem penternakan NAIMbif merupakan model bidangusaha penternakan lembu yang mampu mendatangkan kemakmuran dari sudut ekonomi walaupun diusahakan pada skala kecil dan sederhana. Melalui penggunaan baka-baka yang terpilih,  berkualiti dan produktif, sumber makanan yang murah tetapi berkhasiat, tahap kesihatan yang baik  serta penggunaan ruang yang efisien, penternak mampu menjana margin keuntungan yang maksimum.

3.        Kebajikan Ternakan Yang Dipelihara

Ajaran Islam amat menitikberatkan soal kebajikan terhadap haiwan atau binatang peliharaan.

“Dan tidak satupun makhluk yang bergerak (bernyawa) di muka bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam kitab (Lauh Mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan” – Surah Hud, Ayat 6.

“Pada setiap sedekah terhadap makhluk yang memiliki hati yang basah (yang hidup) akan diperolehi pahala kebaikan. Seorang muslim yang menanam tanaman atau tumbuh-tumbuhan yang kemudian dimakan oleh burung-burung, manusia atau binatang, maka baginya sebagai sedekah” – Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Prinsip Lima Kebebasan Untuk Haiwan :

Lima prinsip utama kebebasan untuk haiwan yang diterimapakai oleh majoriti negara di dunia perlu dititikberat oleh penternak dalam sistem NAIMbif. Penternak harus bertanggungjawab bagi memastikan ternakan yang dipelihara mendapat hak kebebasan yang sewajarnya.

i.        Bebas dari kehausan dan kelaparan.

“Bertakwalah kepada Allah terhadap haiwan-haiwan yang bisu ini. Tungganglah ia dengan baik dan berilah ia makan dengan baik” – Hadis riwayat Abu Daud.

Pemakanan merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi prestasi tumbesaran, pembiakan serta tahap kesihatan ternakan. Antara syarat untuk menyertai skim NAIMbif ialah pengusaha perlu menyediakan sumber air yang bersih dan mencukupi serta sumber makanan yang mencukupi dan berkualiti untuk ternakan peliharaan mereka.

ii.       Bebas dari ketidakselesaan.

Di dalam Kod Amalan NAIMbif,  penternak diajar bagaimana untuk  menyediakan ruang yang mencukupi dan selesa untuk lembu-lembu peliharaan mereka.

iii.     Bebas daripada kesakitan, kecederaan dan penyakit.

“Allah melaknat orang yang menyiksa haiwan dan memperlakukannya dengan kejam” – Hadis riwayat Bukhari.

Di dalam sistem NAIMbif, penternak perlu menyediakan keperluan ruang dan peralatan untuk menternak yang sesuai dan tidak mendedahkan ternakan kepada kecederaan, mengatur kemudahan rawatan jika perlu  disamping bekerjasama dengan pihak JPV dalam mengatur program kesihatan dan pencegahan penyakit.

iv.   Bebas untuk hidup dalam keadaan yang normal.

Melalui kaedah penternakan NAIMbif, ternakan diberi kebebasan untuk menjalani kehidupan normal termasuk keperluan untuk memenuhi naluri mengawan serta proses pembiakan.

v.     Bebas dari ketakutan dan penderitaan.

Melalui Kod Amalan NAIMbif, penternak akan dibimbing agar mengamalkan kaedah penternakan yang tidak mendatangkan kesusahan, ancaman dan penderitaan terhadap ternakan peliharaannya, selaras dengan hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah telah mewajibkan ihsan (berbuat baik) atas segala sesuatu, maka apabila kalian membunuh hendaklah berlaku ihsan di dalam pembunuhan, dan apabila kalian menyembelih, hendaklah berlaku baik di dalam penyembelihan dan hendaklah salah seorang kamu menyenangkan sembelihan dan hendaklah ia mempertajamkan mata pisaunya” – hadis riwayat Muslim.

4.        Kecekapan Gunapakai Sumber

“Dan janganlah kamu mengahmbur-hamburkan (hartamu) secara boros. Sesungguhnya orang-orang yang pemboros itu adalah saudara syaitan” – Al-Isra’, Ayat 26-27.

Islam menyeru umatnya agar berhemah dalam menggunakan segala sumber kurniaan Allah agar tidak berlaku pembaziran. Arus pembangunan yang memperlihatkan persaingan gunapakai tanah pertanian  telah mendorong bidangusaha penternakan dijalankan secara lebih intensif dan efisien. Sistem NAIMbif yang mempraktikkan amalan penternakan secara bridlot ataupun terkawal akan memberi penekanan kepada usaha untuk memaksimumkan pengeluaran ternakan dan makanan ternakan secara intensif.

Penggunaan foder yang mempunyai kadar pengeluaran yang tinggi serta berkualiti akan menjadi keutamaan. Teknologi memproses lebihan pengeluaran foder atau sisa pertanian untuk kegunaan pada masa-masa tertentu seperti musim banjir atau kemarau akan dipertingkatkan.




Penggunaan foder yang mempunyai kadar pengeluaran yang tinggi serta
berkualiti akan menjadi keutamaan dalam pengeluaran NAIMbif. 



5.        Keselamatan Produk Yang Dihasilkan Kepada Pengguna

“Wahai orang-orang yang beriman. Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadanya” – Surah Al-Baqarah, Ayat 172.

Pihak Jabatan akan bertanggungjawab dalam memantau dan memastikan amalan penternakan NAIMbif mematuhi kod amalan yang ditetapkan serta terkawal dari segi penggunaan bahan terlarang atau yang boleh meninggalkan residu yang mendatangkan kesan mudarat kepada pengguna.


OBJEKTIF UTAMA NAIMbif

1.        Untuk menjadikan projek lembu pedaging kacukan sebagai penjana sumber ekonomi kepada masyarakat petani Negeri Kelantan melalui amalan penternakan yang tersusun, efisien dan berdaya maju..

2.        Untuk mengeluarkan lembu pedaging yang mencapai piawaian kualiti yang ditetapkan bagi  tujuan baka dan daging berdasarkan konsep Bertani Satu Ibadah.

3.        Untuk menyediakan kaedah pengiktirafan mengikut tahap piawaian yang ditetapkan kepada pengusaha lembu pedaging di bawah amalan pengeluaran lembu NAIMbif


MATLAMAT UTAMA  NAIMbif

NAIMbif  bermatlamat untuk menjadikan negeri Kelantan kekal unggul  sebagai pengeluar utama baka lembu pedaging hibrid yang berkualiti dan produk pedaging halal yang utama di Malaysia.




MOTTO NAIMbif

“Penternakan Lestari Pedaging Berkualiti”

Motto “Penternakan Lestari Pedaging Berkualiti” menggambarkan dua aspek penting, iaitu amalan penternakan yang baik  dan output berkualiti yang dihasilkan.

Sistem pengeluaran lembu  NAIMbif diperkenalkan bertujuan untuk mewujudkan satu sistem pengeluaran lembu pedaging hibrid  bagi menghasilkan lembu pedaging dan produk pedaging yang berkualiti, halal, bersih , suci dan bebas dari penyakit merbahaya untuk kegunaan semua pengguna bagi melahirkan masyarakat yang bertaqwa dan sihat.

NAIMbif menyediakan peluang pengiktirafan terhadap
penternak yang memenuhi tahap piawaian yang ditetapkan
Sistem NAIMbif  akan memberi tumpuan kepada mentransformasi bidang penternakan lembu hibrid yang diamalkan secara kecil dan sederhana  oleh penternak-penternak di negeri Kelantan kepada kaedah yang boleh disesuaikan dengan keperluan masa hadapan tanpa mengenepikan aspek-aspek keunikan  amalan sedia ada yang boleh memberi nilaitambah kepada pembangunan industri ternakan.

Sistem penternakan NAIMbif ini juga diharap menjadi perangsang kepada pertumbuhan industri pedaging semi komersil dan kecilan negeri Kelantan supaya lebih berdaya saing, berdaya maju, berdaya tahan serta bersepadu sepenuhnya melalui perkhidmatan veterinar yang berkualiti. Natijah dari amalan penternakan yang lestari serta penggunaan baka hibrid yang terpilih akhirnya menghasilkan output yang berupa lembu-lembu betina yang berkualiti untuk dijadikan pembiak dan lembu-lembu jantan yang berkualiti bagi penghasilan daging yang juga berkualiti.    




LOGO NAIMbif

Tafsiran Logo :

  • Warna logo NAIMbif ialah Putih, Hijau dan Merah.

  • Putih menggambarkan aspek keselamatan, kebersihan dan kesucian yang menjadi tumpuan utama.

  • Hijau menggambarkan kesejahteraan sejagat.

  • Merah menggambarkan kualiti produk yang dihasilkan.

  • Objek utama pada logo NAIMbif ialah peta negeri Kelantan yang berwarna putih dengan garisan luar berwarna hijau, seekor lembu  berwarna putih dengan garisan luar juga berwarna hijau yang terletak di tengah-tengah  peta negeri Kelantan, lingkaran bulat yang berwarna hijau yang menjadi tapak kepada peta negeri Kelantan serta tulisan “NAIMbif” yang terletak pada bahagian bawah peta dengan perkataan ‘NAIM” berwarna hijau dan perkataan “bif” berwarna merah.

                       
  • Peta negeri Kelantan bermaksud sempadan akreditasi “NAIMbif” yang hanya khusus bagi bidangusaha yang dijalankan di negeri Kelantan sahaja, iaitu negeri yang terunggul dalam pengeluaran lembu hibrid di Malaysia.

  • Lembu berwarna putih bermaksud lembu hibrid Charolais yang menjadi baka asas dalam penghasilan “NAIMbif”.

  • Lingkaran bulat berwarna hijau yang menjadi bahagian tapak logo menggambarkan negeri Kelantan mempunyai kekuatan dari segi bekalan bahan hijau yang boleh diperolehi sepanjang masa, yang menjadi sumber makanan utama kepada lembu-lembu “NAIMbif”.

  • Tulisan “NAIMbif” adalah gabungan dari dua perkataan “NAIM” dan “bif”.

  • “NAIM” yang membawa maksud kesejahteraan dan kemakmuran.

  • “bif” berwarna merah berasal dari perkataan “beef” yang bermaksud pedaging yang segar dan berkualiti.


KEKUATAN YANG PERLU DIEKSPLOITASIKAN UNTUK PENJENAMAAN NAIMbif

Kesedaran kini semakin meningkat di kalangan penternak lembu hibrid untuk memelihara induk-induk lembu yang berkualiti bagi tujuan menghasilkan anak-anak lembu yang berkualiti yang mampu memperolehi  harga jualan yang tinggi.

Perkembangan terkini menggambarkan peluang yang cukup baik untuk dieksploitasikan oleh bakal pelabur dengan menjadikan negeri ini sebagai pusat  pengeluaran induk-induk lembu berkualiti di Malaysia.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan merancang untuk menjadikan skim akreditasi  lembu hibrid Jenama Kelantan (NAIMbif)  secara bridlot ini sebagai suatu agenda penting Kerajaan Negeri Kelantan  atas beberapa kekuatan  yang perlu dieksploitasikan :

1.        Pendekatan Dalam  Pembangunan Sub-Sektor Ruminan Mengikut Zon Yang Bertepatan Dengan Konsep NAIMbif

Secara umumnya Jabatan Perkhidmatan Veterinar memberi tumpuan penternakan lembu pedaging di negeri Kelantan  kepada dua zon, Zon Utara yang terdiri dari Jajahan Kota Bharu, Tumpat, Pasir Mas Bachok dan Pasir Puteh dengan  Zon Selatan yang terdiri dari Jajahan Kuala Krai, Gua Musang, Tanah Merah, Machang dan Jeli. Bagi Zon Utara, tumpuan diberikan ke arah sistem penternakan yang lebih intensif. Selaras dengan pendekatan tersebut, usaha untuk mengembangkan sistem penternakan NAIMbif ini amat bertepatan untuk ditumpukan di kawasan Zon Utara yangmana aktiviti penternakannya lebih bersifat intensif dari segi penggunaan tanah.





Peta Negeri Kelantan


Kawasan tumpuan untuk sistem penternakan secara intensif

2.        Penternak Kelantan Yang Sinonem Dengan Lembu Kacukan Charolais

Penternak lembu di Kelantan amat sinonem dengan lembu-lembu hibrid yang berkualiti, terutamanya dari baka Charolais  dan sentiasa menghasilkan ternakan yang dapat diketengahkan bila terdapat keperluan seperti pameran di MAHA, Ekspotani atau HPPN sama ada di peringkat negeri mahupun nasional.

3.        Keunikan Amalan Penternakan Di Kalangan Penternak-Penternak Lembu Hibrid Di Kelantan.

Penternak lembu hibrid  di Kelantan memang mempunyai pengalaman dan kemahiran tersendiri dalam mengurus penternakan dan pembiakan lembu hibrid yang berkualiti. Apa yang dapat diperhatikan ialah mereka bukan hanya semata-mata mementingkan keuntungan, malahan menguruskan ternakan mereka dengan penuh elemen kasih sayang melalui penjagaan yang rapi dan teliti. Setengah daripada mereka mengamalkan petua-petua tersendiri dalam menghasilkan lembu yang manja, mudah diurus,  cantik dan berkualiti.

           


Antara keunikan penternak lembu hibrid di Kelantan ialah mampu menghasilkan
 ternakan yang manja, mudah diurus,  cantik dan berkualiti

          

4.        Terdapat Bekalan Sumber Bahan Hijau Mudah Diperolehi Di Sepanjang Masa

Di negeri Kelantan banyak terdapat kawasan-kawasan tanah pertanian yang menghasilkan bahan hijau yang boleh dijadikan sebagai sumber makanan yang murah dan menjimatkan. Dengan keluasan tanah pertanian lebih dari 381,000 hektar, negeri Kelantan mampu menghasilkan bahan hijau berupa pastura yang ditanam, rumput natif serta bahan hijau sisa pertanian sebanyak 1.12 juta tan metrik setahun ( Jadual 2 : Potensi Pengeluaran Bahan Hijau Dari Kawasan Tanah Pertanian Di Negeri Kelantan (TM/Tahun))


Tanaman rumput humidicola yang mudah membiak dan subur menjadi salah
satu dari jenis rumput yang menjadi pilihan penternak lembu di Kelantan
.


Jadual 2 : Potensi Pengeluaran Bahan Hijau Dari Kawasan Tanah Pertanian Di Negeri Kelantan (TM/Tahun)

Bil.
Jenis Tanaman
Luas Kawasan (Ha)
Potensi Pengeluaran Bahan Hijau
(MT Setahun)
1
Kelapa Sawit
80,107.1
280,375
2
Getah
151,878.5
318,945
3
Padi, dusun dan lain-lain
149,235.0
522,323

Jumlah
381,220.6
1,121,642


Dari segi polulasi ternakan ruminan yang ada, sebanyak 0.62 juta  tan metrik bahan hijau yang diperlukan sebagai sumber makanan. (Jadual 12 : Keperluan Bahan Hijau Untuk Sumber Makanan Ruminan Di Negeri Kelantan (TM/Tahun)) Ini bermakna jika semua kawasan tanah pertanian yang ada dioptimakan penggunaannya bagi tujuan pengeluaran bahan hijau, masih terdapat lebihan sebanyak  0.50 juta tan metrik bahan hijau yang mampu menampung pertambahan bilangan ternakan ruminen di masa hadapan.


Jadual  3 : Keperluan Bahan Hijau Untuk Sumber Makanan Ruminan Di Negeri Kelantan (TM/Tahun)

Bil.
Jenis Ternakan
Populasi (ekor)
Jumlah Keperluan Bahan Hijau
(MT Setahun)
1
Lembu Dan Kerbau
94,571
576,038
2
Kambing Dan Bebiri
74,197
46,128

Jumlah
622,166
           
           
Pastura  yang diurus dengan baik mampu menghasilkan sumber makanan
 yang berkualiti untuk ternakan


           
            Lebihan bahan hijau boleh diproses dan disimpan sebagai silaj

5.        Peningkatan Minat Golongan Belia

Golongan muda merupakan aset yang sangat penting dalam membantu Jabatan untuk menjayakan Pelan Pembangunan NAIMbif. Mereka ini mudah untuk menerima perubahan yang ingin dibawa oleh kerajaan di samping mempunyai semangat dan cara pemikiran yang dinamik. Golongan belia ini akan dijadikan sebagai sasaran untuk terus menerajui kecemerlangan bidang penternakan lembu pedaging hibrid di negeri Kelantan. Kini semakin ramai anak-anak muda di Kelantan yang menunjukkan minat serta mula menceburi bidang penternakan lembu hibrid ini.






Saudara Mohd Amin bin Salleh dari Kg.Aman Bachok antara generasi muda
 yang   akan menjayakan Pelan Pembangunan NAIMbif




6.    Induk-Induk Hibrid Yang Semakin Stabil Dan Dapat Menyesuaikan Diri Dengan Persekitaran

Lembu-lembu hibrid yang berkualiti  terbukti semakin stabil dan dapat menyesuaikan diri dengan mudah dalam persekitaran cuaca di negeri Kelantan, terutamanya di kawasan pesisir pantai seperti di Jajahan Bachok, Tumpat, Kota Bharu dan Pasir Puteh.

Kini terdapat lebihkurang 10,000 ekor  induk-induk hibrid di negeri Kelantan dengan jumlah induk KK-Charolais Generasi F2 dan F3 yang dianggar berjumlah hampir 3,000 ekor, yangmana merupakan generasi dan baka yang paling sesuai untuk dipilih sebagai induk NAIMbif.



7.        Tenaga Kerja Mahir Yang Mencukupi Dalam Bidang Pembiakan

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan mempunyai tenaga kerja mahir yang mencukupi  dalam pembiakan lembu hibrid. Pada masa ini terdapat 14 orang kakitangan Jabatan serta 26 orang penternak yang terlatih dan ditauliahkan sebagai jurusuntik permanian beradas yang berkeupayaan untuk menjalankan kerja-kerja pembiakan. Jumlah petugas tersebut  akan ditambah dari masa ke semasa mengikut keperluan.


8.        Potensi NAIMbif Sebagai Produk Agropelancongan.

Berdasarkan perkembangan minat masyarakat yang semakin bertambah, penternakan lembu hibrid  secara bridlot ini bukan sahaja mampu memacu peningkatan ekonomi masyarakat penternak, malahan juga mampu dijadikan sebagai produk agropelancongan negeri Kelantan yang dapat menjana ekonomi penduduk tempatan yang bukan dari golongan penternak. Negeri Kelantan sentiasa menerima kunjungan peminat-peminat lembu hibrid dari luar untuk melihat seni penternakan tersebut di samping ada yang mengambil peluang untuk membeli dan membawa pulang lembu-lembu untuk dipelihara dan dibiakkan di tempat masing-masing.

      

9.        Sistem Penternakan Yang Mudah

Penternakan lembu hibrid melalui kaedah  NAIMbif yang mudah ini dapat menjadi bidang ekonomi alternatif kepada masyarakat petani di negeri ini. Ianya boleh diusahakan secara kecil dan sederhana oleh pelbagai golongan penternak termasuk wanita.




 Sistem NAIMbif menggunakan kaedah pengurusan yang mudah dan
sesuai untuk semua golongan penternak termasuk belia dan wanita



10.    Tahap Saradiri Pengeluaran Daging Yang Masih Rendah

Pada masa ini, anggaran tahap saradiri pengeluaran daging lembu di peringkat nasional ialah di sekitar 30 peratus, manakala di peringkat negeri Kelantan lebihkurang 50 peratus. Ini menggambarkan peluang yang begitu baik untuk pengeluaran lembu pedaging secara NAIMbif untuk terus berkembang di masa hadapan.


11.    Minat Yang Mendalam Terhadap Lembu Baka Charolais.

Kajian terhadap penggunaan semen untuk pembiakan lembu di Kelantan secara permanian beradas dalam tempoh antara tahun 2003 sehingga 2016 menunjukkan daripada 132,343 dos suntikan permanian beradas yang dilakukan, 59,554 dos atau 45 peratus adalah semen dari baka Charolais, diikuti semen baka Limousin sebanyak 27,792 dos atau 21 peratus, manakala selebihnya 44,997 atau 34 peratus dikongsi oleh semen dari baka Belgian Blue, Blonde d’Aquitaine, Piedmontese dan lain-lain.




12.    Potensi Kelantan Sebagai Hab Makanan Halal Berasaskan Daging Lembu

Negeri Kelantan merupakan antara negeri yang terbesar dari segi bilangan pengusaha industri kecil  dan sederhana (IKS) di Semenanjung Malaysia. Terdapat pelbagai fasiliti yang boleh membantu pengusaha-pengusaha produk berasaskan ternakan dan hasilan ternakan  untuk mendapatkan persijilan halal. Keyakinan  tinggi pengguna-pengguna di luar Kelantan terhadap produk makanan di negeri ini perlu diambil peluang sebaik mungkin oleh pengusaha IKS untuk memasarkan produk yang bertaraf halal.



Jabatan mempunyai kemudahan rumah sembelih ruminan yang halal



13.    Purata Harga Daging Lembu Yang Sentiasa Meningkat

Tinjauan secara rambang mendapati harga daging dari lembu-lembu tempatan sentiasa meningkat pada kadar purata 1.8 peratus setahun di peringkat runcit dan 2.1 peratus setahun di peringkat borong. (Geraf C : Anggaran Purata Nilai Daging Lembu Tempatan Di Peringkat Borong Dan Runcit Di Malaysia Dari Tahun 2012 Hingga 2016 (RM/Kg)). Keadaan ini menggambarkan harga jualan daging yang sentiasa terjamin kepada pengusaha-pengusaha yang ingin mencebur dalam bidang penternakan NAIMbif.


14.    Peningkatan Harga Hidup Lembu Untuk Pembiakan

Purata harga lembu hidup  untuk pembiakan di Semenanjung Malaysia meningkat secara berterusan dari tahun 2005 hingga 2015

i.     Harga Hidup Lembu Jantan Tempatan  Untuk Pembiakan Yang Terus Meningkat

Harga hidup lembu  jantan tempatan dari tahun 2005 hingga 2015  dianggarkan meningkat  pada kadar purata 3.56 peratus setahun. 

ii.    Harga Hidup Lembu  Betina Tempatan  Untuk Pembiakan Yang Terus Meningkat

Harga hidup lembu  betina tempatan dari tahun 2005 hingga 2015  dianggarkan meningkat  pada kadar purata 3.80 peratus setahun. 

iii.  Harga Hidup Lembu Jantan Kacukan  Untuk Pembiakan Yang Terus Meningkat

Harga hidup lembu  jantan kacukan  dari tahun 2005 hingga 2015  dianggarkan meningkat  pada kadar purata 1.12  peratus setahun.

iv.   Harga Hidup Lembu Betina  Kacukan  Untuk Pembiakan Yang Terus Meningkat

Harga hidup lembu  betina kacukan  dari tahun 2005 hingga 2015  dianggarkan meningkat  pada kadar purata 1.93  peratus setahun. (Geraf G: Anggaran Harga Hidup 




STATUS SEMASA


i.        Pada masa ini harga lembu kacukan, terutamanya lembu betina semakin meningkat dan menggalakkan.

ii.       Tinjauan mendapati induk-induk kacukan Charolais generasi ketiga (F3) mampu mencecah harga RM30,000 seekor.

iii.    Penternakan lembu kacukan secara bridlot yang dahulunya dijalankan secara kecil dan sederhana kini semakin berubah dan telah menarik minat pelabur untuk menjalankan bidangusaha ini pada skala yang besar dan komersial.

           
           

FAKTOR PEMILIHAN INDUK HIBRID CHAROLAIS GENERASI F2 DAN F3 SEBAGAI INDUK ASAS NAIMbif

Induk baka kacukan Charolais generasi F2 dan F3 menjadi keperluan minimum sebagai asas untuk pembiakan lembu NAIMbif kerana :

·          Baka Charolais merupakan baka yang paling popular dan menjadi pilihan utama di kalangan penternak-penternak lembu hibrid di negeri Kelantan semenjak semen baka ini mula diperkenalkan pada tahun 1974 lagi.

·         Induk baka kacukan Charolais telah terbukti  mampu menghasilkan anak-anak kacukan yang berkualiti dan mendapat permintaan yang tinggi di pasaran.

·           Baka kacukan ini telah semakin stabil dan dapat menyesuaikan diri dengan cuaca, suhu, sistem pengurusan  dan persekitaran negeri ini.

·           Peratus lapah yang boleh mencapai 60 peratus  di kalangan penjantan yang disembelih pada umur 2 tahun 6 bulan.

·           Induk Charolais menunjukkan sifat keibuan yang baik, jinak serta mudah diurus.

·           Lembu betina hibrid Charolais mencapai umur matang yang cepat, sehingga mampu menunjukkan tanda-tanda untuk mengawan seawal umur satu tahun.


·           Induk kacukan Charolais F2 dan F3 menunjukkan prestasi pembiakan yang baik dengan purata  jarak lahir tidak melebihi  360 hari.

·           Induk kacukan Charolais F2 dan F3 sesuai untuk dikacuk dengan semen dari mana-mana baka berprestasi tinggi dengan ciri otot berganda dengan kadar  mengalami kesulitan semasa melahirkan anak (distokia) yang rendah.


NAIMbif  DAN KAITANNYA DENGAN KONSEP BERTANI SATU IBADAH

“TidaklahAllah mengutuskan seorang nabi kecuali telah mengembala kambing” – hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Hadis di atas menggambarkan betapa mulianya bidangusaha penternakan. NAIMbif  merupakan satu kaedah dimana penternakan lembu hibrid dijalankan dengan tumpuan untuk menjadikannya sebagai satu pekerjaan yang mulia dan diceburi ramai, sama ada pada skala komersial, semi-komersial atau  secara kecilan dengan harapan untuk :

  Melahirkan masyarakat penternak yang menghayati Islam dan konsep ibadah dalam kehidupan dan pekerjaan seharian mereka.

    Memupuk minat rakyat untuk menceburi bidang penternakan dengan memanfaatkan segala sumber alam, potensi, tanah-tanah terbiar dengan aktiviti yang dapat mengoptimumkan penjanaan ekonomi.


 Sistem penternakan lembu NAIMbif diolah khusus bagi memenuhi
 keperluan 
Konsep Bertani Satu Ibadah



         melahirkan masyarakat penternak yang  sedar dan bertanggungjawab terhadap kebajikan haiwan, kesejahteraan persekitaran, kejiranan, pengeluaran produk yang halal dan selamat  untuk dimakan.

         melahirkan masyarakat penternak yang sedar akan kepentingan amalan penternakan yang mengutamakan kualiti melalui penggunaan sistem yang cekap dan produktif.   


SYARAT KELAYAKAN UNTUK MENYERTAI SKIM NAIMbif

Mereka yang layak untuk menyertai Skim NAIMbif ini ialah pengusaha ternakan lembu kacukan yang  terdiri daripada penternak kecil, usahawan ternak, agensi kerajaan atau sektor swasta yang mengusahakan ternakan secara bridlot di negeri Kelantan.

Pengeluaran lembu NAIMbif  juga sesuai untuk diceburi oleh pelbagai kategori penternak, termasuk golongan belia dan wanita.

Peserta yang ingin menyertai Amalan Pengurusan Lembu NAIMbif hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:-

  • Mempunyai keluasan  tapak projek yang mencukupi bagi menampung keperluan minimum kawasan kandang dan tanaman rumput  mengikut jumlah induk.

  •  Telah melibatkan diri dalam bidangusaha penternakan lembu hibrid lebih dari 2 tahun

  • Bidang usaha dijalankan di Negeri Kelantan


  • Memiliki sekurang-kurangnya 5 ekor induk hibrid baka Charolais dengan komposisi minimum induk dari generasi F2 dan F3 sebanyak 60 peratus.

  • Ternakan hendaklah milik pengusaha sendiri dan berdaftar di bawah Enakmen Lembu/Kerbau Negeri Kelantan Tahun 1968.

  • Bersetuju mematuhi segala etika dan peraturan yang ditetapkan dengan penuh disiplin dan tanggungjawab.

  • Bersedia untuk berkongsi  maklumat asas yang diperlukan di bawah program ini  secara jujur bersama  Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan.


AMALAN YANG DIPERLUKAN DALAM PENGELUARAN LEMBU HIBRID NAIMbif

Antara keperluan amalan asas bagi membolehkan pensijilan NAIMbif dikeluarkan ialah :

1.        Penggunaan induk-induk hibrid Charolais F2 atau F3

2.        Penternakan dijalankan secara bridlot (semi-intensif)

3.        Pembiakan secara permanian beradas menggunakan semen dari baka unggul yang berciri ‘double muscles’

4.        Bahan hijau sebagai sumber makanan asas serta dicampur dengan konsentrat sebagai makanan tambahan.

5.        Penyediaan rekod ladang yang lengkap dan disahkan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan.

6.        Memenuhi keperluan MyGAP


Dalam sistem NAIMbif pembiakan adalah secara permanian beradas

            
PROSES MENGAKREDITASI DAN MEMANTAU PELAKSANAAN SISTEM PENTERNAKAN LEMBU NAIMbif







KRITERIA-KRITERIA FIZIKAL YANG MEMENUHI PIAWAIAN YANG ADA PADA INDUK-INDUK LEMBU NAIMbif.


1.        Berat minimum 260 kilogram pada umur matang 18 bulan

2.        Purata jarak kelahiran maksimum 360 hari

3.        Ketinggian kerangka badan minimum 1.22 meter

4.        Panjang kerangka badan minimum 1.5 meter

5.        Lebar tulang pelvik minimum 32 sentimeter

6.        Panjang organ pembiakan minimum 18 sentimeter (ukuran secara perabaan)

7.        Ukur lilit ovari minimum 3 sentimeter (ukuran secara perabaan)



 Lebar, tinggi dan panjang kerangka badan diukur  bagi menentukan
 induk-induk NAIMbif memenuhi kriteria yang ditetapkan



SISTEM PENGENALAN TERNAKAN NAIMbif

  • Jabatan akan menggunapakai  sistem pendaftaran yang teratur yang  dapat diterima pakai serta boleh dinilai sepanjang masa.

  • Semua ternakan  NAIMbif mestilah mempunyai pengenalan tetap berpandukan kod ladang yang dikeluarkan.Ternakan akan diberi pengenalan fizikal melalui salah satu kaedah atau gabungan cara berikut:-

- Tag telinga kiri
- Branding dengan besi panas/sejuk
- Cacah (tattoo) ditelinga kanan
- Microchip (transponder)


STRATEGI PELAKSANAAN

Pelaksanaan Pelan Pembangunan  Sistem Pengeluaran Lembu Pedaging Hidrid Jenama NAIMbif  ini  telah dirangka berdasarkan kepada  beberapa strategi penting :

1.        Penggunaan baka yang terbukti berkualiti serta memenuhi citarasa pelanggan

Jabatan telah mengenalpasti baka yang paling sesuai untuk dijadikan induk asas dalam sistem penternakan NAIMbif iaitu  kacukan Charolais generasi kedua dan ketiga (F2 dan F3)

2.        Pemilihan induk hibrid yang dihasilkan dalam negeri.

Induk-induk untuk pembiakan adalah dari ladang-ladang milik penternak tempatan  yang mempunyai rekod pembiakan yang mudah dijejak.

3.        Pemilihan kawasan tumpuan untuk pembangunan NAIMbif

Beberapa jajahan di negeri Kelantan di pesisir pantai seperti Bachok, Kota Bharu, Tumpat dan Pasir Puteh di dapati amat sesuai untuk diberi tumpuan sebagai kawasan pengeluar berpotensi  ternakan NAIMbif.

4.        Mengurangkan  kebergantungan kepada makanan komersial

Kos makanan merupakan  faktor utama yang mempengaruhi keseluruhan kos pengeluaran lembu pedaging. Bahan hijau yang berupa foder  dan sisa pertanian yang boleh diperolehi dengan mudah dan murah  perlu digunakan secara optimum  sebagai sumber makanan NAIMbif.

5.        Amalan perladangan yang baik sebagai teras

Amalan perladangan yang baik, yang mengambilkira kesejahteraan alam sekitar, kejiranan, kebajikan pekerja, kebajikan haiwan serta keselamatan produk yang dihasilkan akan dititikberatkan.

6.        Amalan penternakan secara ekonomik melalui penggunaan bahan hijau serta sisa pertanian yang diberi nilaitambah sebagai bahan makanan utama.

Penternak akan dilatih dan digalakkan untuk membangun pastura yang berkualiti serta memproses dan merawat bahan hijau sisa pertanian untuk dijadikan sumber makanan lembu NAIMbif

7.        Amalan penternakan yang efisien, terutama dari segi gunatanah.

Penternakan lembu NAIMbif akan dibangunkan secara efisien terutama dari segi gunapakai tanah pertanian, sesuai dengan perkembangan terkini yang memperlihatkan kawasan tanah pertanian yang semakin mengecil.

8.  Penganjuran  aktiviti-aktiviti berkaitan yang mampu menarik minat masyarakat dalam mengenali sistem NAIMbif.

Beberapa acara yang boleh dianjurkan secara berkala sedang dirancangkan seperti pertandingan lembu cantik NAIMbif, jualan lembu hibrid secara berpusat dan sebagainya. Bagi membolehkan penganjuran dapat dijalankan secara teratur, satu pusat aktiviti yang dipanggil Arena NAIMbif  telah dicadang untuk dibangunkan di Jajahan Bachok.

Aktiviti-aktiviti yang mampu menarik pengunjung ini perlu disenaraikan di dalam kalendar pelancongan negeri Kelantan.

9.        Penglibatan lebih ramai golongan belia dan wanita dalam menggerakkan program NAIMbif.

Sistem  penternakan secara NAIMbif ini terbukti mudah untuk diceburi oleh golongan belia dan wanita. Jabatan akan memberi tumpuan dalam meningkatkan minat golongan berkenaan untuk menjadi pemain penting di dalam sistem penternakan ini.

10.    Proses pembelajaran yang berterusan serta pemindahan teknologi penternakan  secara berperingkat-peringkat.

Kompetensi pegawai dan kakitangan Jabatan akan terus ditingkat dan dikemaskini melalui pelbagai kursus, latihan, bengkel dan seumpamanya dari masa ke semasa agar mereka dapat menjadi agen pengembangan yang berkesan dalam membangunkan Sistem NAIMbif.

Golongan penternak yang terlibat juga akan dibimbing secara terancang dan berjadual, dimana proses pemindahan teknologi penternakan akan dilakukan secara berperingkat-peringkat bagi melahirkan golongan penternak NAIMbif yang berdayasaing

11.    Menjalankan penyelidikan dan pembangunan secara berterusan.

Penyelidikan secara berterusan akan dibuat bagi mengesan dan menilai prestasi NAIMbif dari pelbagai aspek seperti aspek ekonomi ladang, prestasi induk NAIMbif dari pelbagai generasi, prestasi anak-anak lembu NAIMbif dari pelbagai baka semen pejantan eksotik yang unggul, kualiti daging yang dihasilkan dan sebagainya.

12.    Program Pengembangan Veterinar sebagai wadah bagi memantau kemajuan NAIMbif.

Program Pengembangan Veterinar (PPV) akan dijadikan wadah utama dalam memantau kemajuan pelaksanaan program NAIMbif. Pelaporan kemajuannya akan menjadi agenda penting dalam konvensyen tahunan  PPV di peringkat negeri Kelantan.



 Anak-anak jantan  lembu NAIMbif dipelihara gemuk di dalam
kandang sementara menunggu umur yang sesuai untuk dipasarkan.



 Purata nilai pasaran anak betina lembu hibrid 60 peratus lebih tinggi dari
anak lembu jantan disebabkan permintaan   untuk baka  yang semakin meningkat. 




KEISTIMEWAAN BAGI PENTERNAK YANG MENDAPAT AKREDITASI NAIMbif

1.      Skim akreditasi yang dibangunkan ini akan melibatkan penganugerahan logo dan sijil yang menjadi lambang pengiktifaran dan kualiti terhadap produk yang dikeluarkan. Penganugerahan logo akan diberi kepada semua pengusaha mengikut bidangusaha masing-masing. Mana-mana penternak atau usahawan yang mendapat pengiktirafan ini akan memegang hak memiliki, mengawalselia dan mempromosikannya.

2.      Peserta berpeluang untuk mendapat khidmat bimbingan dan rundingcara secara berterusan dalam bidang pengurusan, pemakanan, pembiakbakaan, kesihatan dan ekonomi ladang melalui Program Pengembangan Veterinar.

3.        Ternakan dan hasilan ternakan yang lebih berkualiti dapat dikeluarkan.

4.   Bidangusaha menjadi  lebih efisien melalui penambahbaikan pengurusan sumber secara sistematik dan efektif.

5.   Akreditasi yang diterima dapat membantu meyakinkan pembeli atau pengguna terhadap kualiti ternakan serta produk yang dihasilkan.

6.   Penjenamaan NAIMbif akan memberi kelebihan kepada penternak  untuk mendapatkan margin keuntungan yang lebih besar melalui harga jualan ternakan dan hasilan ternakan yang lebih tinggi.



Amalan perladangan yang baik dalam sistem NAIMbif
   menghasilkan anak-anak lembu hibrid yang berkualiti

           

FASA  PELAKSANAAN

Pelan Pembangunan Lembu Hidrid Jenama Kelantan  Melalui Sistem Penternakan Secara Bridlot telah dirancang melalui beberapa fasa pelaksanaan :

FASA PERTAMA : CETUSAN IDEA

  • Cetusan Idea Penternakan Lembu Hibrid Secara Bridlot

Idea penternakan lembu hibrid secara bridlot bermula pada tahun 2012. Idea tersebut mula dilontar kepada penternak-pentarnak lembu kacukan, khususnya di Bachok, Jajahan yang menjadi pengeluar utama lembu-lembu hibrid yang berkualiti.

  • Pengumpulan Maklumat

Pengumpulan maklumat berkaitan penternakan, permintaan, peluang dan kekuatan yang ada di buat di sepanjang tahun 2012 dan 2013.

  • Penyediaan Draf Kertas Konsep

Draf  Kertas Cadangan Konsep Penternakan Lembu Hibrid Jenama Kelantan Secara Bridlot telah disediakan  pada bulan Februari dan Mac 2014.

  • Persembahan Kepada Pihak Pengurusan

Kertas Konsep Penternakan Lembu Hibrid Jenama Kelantan Secara Bridlot telah dibentangkan oleh Ketua Bahagian Perancangan Dan Penilaian buat kali pertamanya kepada Pihak Pengurusan Jabatan pada 26 Mac 2014 dan telah mendapat persetujuan dengan beberapa pindaan.

  • Permohonan Untuk Mendapatkan Lembu KK Dari Ladang PTHPT

Permohonan telah diangkat ke Ibu Pejabat DVS Malaysia pada bulan Mei 2015 untuk mendapatkan 100 ekor induk lembu KK dari Ladang Pusat Ternakan Haiwan Pantai Timur (PTHPT)  bagi tujuan permulaan pembiakan secara kacukan bagi mendapatkan anak-anak betina untuk program bridlot yang dicadangkan. Bagaimanapun permohonan tersebut masih belum  dipertimbangkan sehingga kini.

FASA KEDUA : PENYEDIAAN BLUE PRINT

  • Satu pasukan kerja telah dibentuk bagi merangka Blue Print  Pembangunan Lembu Hidrid Jenama Kelantan  Melalui Sistem Penternakan Secara Bridlot  (NAIMbif).

  • Pasukan kerja ini bertanggungjawab untuk merangka blue print berkenaan untuk dijadikan sebagai panduan dan kod amalan dalam menjayakan misi untuk mengeluarkan lembu Jenama Kelantan.

FASA KETIGA : PERMOHONAN BAJET PEMBANGUNAN

  • Penyediaan Kertas Cadangan Bajet Untuk RMK-11

Kertas cadangan bagi mendapatkan peruntukan pembangunan negeri untuk dilaksanakan di sepanjang RMK-11 (Tahun 2016 hingga 2020) telah disediakan pada bulan Februari dan Mac 2015. Kertas cadangan tersebut bertujuan untuk pembelian induk-induk  kacukan Charolais F2 untuk diagih  kepada penternak yang terpilih di bawah Projek Perintis Pawah Induk Lembu Bridlot

  • Mengemukakan Kertas Cadangan Projek

Kertas cadangan bajet telah dikemukakan kepada pihak Pegawai Kewangan Negeri pada 26 Mac 2015  dan kepada pihak UPEN pada 27 Julai 2015.

FASA KEEMPAT : PROMOSI

  • Kertas Berkaitan Penternakan Lembu Hibrid Secara Bridlot telah dibentang di Karnival Biotek Kelantan 2014  yang berlangsung di Kelantan Trade Center pada bulan Mei 2014.

  • Pada 11 Januari  2016, Jabatan telah menganjur Wacana Potensi Pelaburan Dalam Sub-Sektor Ternakan Menjelang Tahun 2020 bagi mendedahkan maklumat kepada masyarakat, terutamanya pemain-pemain dalam industri penternakan lembu kacukan.

Wacana Potensi Pelaburan Dalam Sub-Sektor Ternakan Menjelang
Tahun 2020 pada 11 Januari 2016 


  • Pada 11 Januari 2016 juga Jabatan telah melancarkan kempen “Jom Pakat Simpan Induk Yang Berkualiti’ yang telah dirasmikan oleh YB Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi Dan Teknologi Hijau Negeri Kelantan. Kempen ini bertujuan untuk menggalakkan penternak lembu menyimpan induk-induk hibrid yang berkualiti bagi tujuan untuk dibiakkkan dengan semen dari baka-baka eksotik yang unggul.

Kempen “Jom Pakat Simpan Induk Yang Berkualiti’ yang telah dilancarkan oleh
YB Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi Dan
Teknologi Hijau Negeri Kelantan pada 11 Januari 2016


  • Pada 22 Februari 2016, satu rombongan pelabur dari Jepun telah dibawa meninjau kawasan penternakan lembu hibrid di Bachok.

  • Pada 19 Mac 2016, anak-anak  lembu hibrid dari Bachok telah dibawa untuk dipamerkan  di majlis pelancaran Lembu Hibrid Sado oleh YB Menteri Pertanian di Chukai, Terengganu.

  • Pada 24 Mac 2016 Program Majlis Turun Padang Bersama YB Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi Dan Teknologi Hijau Negeri Kelantan telah berlangsung di Bachok. Satu taklimat berkenaan dengan cadangan program pembangunan lembu hibrid secara bridlot telah disampaikan oleh Ketua Bahagian Perancangan Dan Penilaian dan Yang Berhormat  Exco  telah memberi lampu hijau terhadap perancangan tersebut.

  • Pendedahan konsep  kepada pegawai dan kakitangan melalui Konvensyen Pengembangan Veterinar Peringkat Negeri Kelantan telah disampaikan melalui kertas pembentangan oleh Ketua Bahagian Perancangan Dan Penilaian pada 4 April 2016.

  • Promosi Lembu Hibrid Sado sempena  Karnival Antarabangsa Bio Kelantan 2016 telah diadakan pada 12 Mei 2016

  • YH Dato’ Ketua Pengarah Veterinar Malaysia  telah dibawa melawat  ke projek lembu hibrid  di Bachok pada 27 Jun 2016

  • Pada 3 hingga 7 Ogos 2016  anak-anak lembu hidbrid sado telah dipamerkan  di Ekspotani Negeri Kelantan.

  • Pada 8 dan 9 Ogos 2016 Jabatan telah bekerjasama dengan Bernama bagi menjayakan Penggambaran Dokumentari  ‘Lembu Hibrid Sado’ di Bachok.

  • Pada 9 Ogos 2016 Pengarah-Pengarah DVS Negeri yang menghadiri Mesyuarat Kawalan Penyakit di Kota Bharu telah dibawa melawat projek-projek lembu hibrid  sado di Jajahan Bachok.

  • Pada 21 dan 22 Ogos 2016 rombongan YB Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur  Dan Pertanian Selangor yang melakukan lawatan ke Kelantan telah dibawa melihat projek-projek lembu hibrid sado di Bachok dan telah diberi taklimat tentang program pembangunan lembu hibrid di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri  Kelantan oleh Ketua Bahagian Perancangan Dan Penilaian.

  • Sempena dengan MAHA 2016 di Serdang, Selangor, 5 ekor anak-anak lembu hibrid sado dari Bachok telah dibawa untuk dipamerkan.

  • Pelancaran Lembu Jenama NAIMbif dirancang untuk diadakan pada bulan September 2017 sempena dengan sambutan HPPN Peringkat Negeri Kelantan.

  • Beberapa acara promosi telah dirancang untuk diadakan di sepanjang tahun 2017 seperti, Pertandingan Penternak Model Lembu Hibrid Secara Bridlot serta Pameran dan Promosi Penternakan Lembu Hibrid Secara Bridlot di HPPN Kelantan.


FASA KELIMA : PELAKSANAAN PROJEK PERINTIS

  • Pada bulan Januari 2016, Kerajaan Negeri telah meluluskan Peruntukan Pembangunan Di Bawah Operasi Induk-Anak sebanyak RM325,000 setahun bagi tempoh 2016 hingga 2020  bagi membolehkan Jabatan melaksanakan Projek Perintis Penternakan Lembu Secara Bridlot. Melalui peruntukan tersebut, induk-induk lembu kacukan Charolais akan dibeli dan diagihkan secara pawah kepada peserta yang terpilih.

  • Sebagai permulaan sebanyak 50 ekor induk kacukan Charolais telah berjaya dibeli dan diagihkan kepada penternak yang terpilih pada tahun 2016 dan akan diteruskan sehingga tahun 2020.

FASA KEENAM : TINDAKAN SUSULAN

  • Pada tahun 2016, JPV telah melatih dan menambah  jurusuntik permanian beradas buat sendiri (DIY) bagi tujuan mengurangkan beban kerja Jabatan yang berdepan dengan peningkatan permintaan terhadap perkhidmatan permanian beradas.

  • Pada 17 hingga 19 Mei 2016, JPV telah menganjur Bengkel Penternakan Lembu Kacukan Secara Bridlot Sebagai Pemacu Sektor Agropelancongan Negeri Kelantan. Tujuannya adalah bagi membolehkan pembangunan lembu hibrid secara bridlot dapat dipacukan lagi  melalui penglibatan pelbagai pihak serta memberi peluang lebih ramai masyarakat petani menjana ekonomi mereka melalui projek-projek limpahan yang diusahakan di samping penternakan lembu hibrid itu sendiri.

Bengkel Penternakan Lembu Kacukan Secara Bridlot Sebagai Pemacu Sektor
Agropelancongan Negeri Kelantan dari 17 – 19 Mei 2016 yang telah 
dirasmikan olehYB Exco Pertanian Negeri Kelantan.

·         Pada bulan Oktober 2016, JPV  telah membuat pembelian semen beku secara berstrategik (sexed semen) dengan membeli 200 dos semen Charolais betina. Semen ini akan digunakan untuk program pembiakan lembu-lembu di bawah Projek Perintis Bridlot yang bertujuan untuk meningkatkan bilangan induk-induk yang berkualiti untuk menghasilkan lebih banyak anak-anak lembu hibrid Charolais F2 dan F3.

  • Untuk tahun 2017, JPV merancang untuk menganjurkan beberapa majlis seperti, Sidang Penternak Lembu Bridlot, Bengkel Lanjutan Vetourism Sebagai Produk Agropelancongan, Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman antara Jabatan dengan Penternak Lembu Bridlot dan Pelancaran Projek NAIMbif oleh YB Exco Pertanian Negeri Kelantan.

FASA KETUJUH : PEMANTAUAN, PENILAIAN DAN PENGIKTIRAFAN

·     Jabatan merancang untuk  mengeluarkan sijil pengiktirafan kepada ladang-ladang yang memenuhi ciri-ciri  NAIMbif bermula pada bulan Januari 2018.

·     Mulai  tahun 2018  juga JPV akan membuat pengumpulan data bagi mengkaji dan menilai prestasi anak-anak lembu  berdasarkan pelbagai jenis baka semen yang disuntik kepada induk-induk lembu NAIMbif.



Sidang Penternak Bridlot pertama telah diadakan di Kg Aman, Bachok pada 24 Mei 2017
dan telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari pelbagai lapisan penternak 

            
Kejayaan penjenamaan lembu NAIMbif adalah berkat dari sokongan pihak Kerajaan yang berterusan, hasil usaha tekun dan bersungguh-sungguh dari kakitangan Jabatan yang berkemahiran serta komitmen dan minat yang mendalam di kalangan  penternak.



PERBATUAN PELAKSANAAN PROGRAM PEMBANGUNAN LEMBU HIBRID PEDAGING JENAMA  NAIMbif

Tahap
Perkara
Aktiviti
2012
2013
2014
2015
2016
2017
2018
2019
2020
1
Cetusan Idea
Sebarkan idea sistem penternakan secara bridlot di kalangan penternak
x
x
x
x
x
x



Kumpul maklumat
x
x







Penyediaan Draf Kertas Konsep


Feb & Mac






Persembahan kpd Pihak Pengurusan & dapatkan persetujuan



26/3






Permohonan kepada pihak Ibu Pejabat DVS Malaysia untuk mendapatkan induk dari Ladang PTHPT



Mei





2
Penyediaan Blue Print
Pembentukan Pasukan Kerja


Mac






Draf Blue Print Prgram Bridlot Lembu Hibrid Jenama Kelantan


Okt & Nov






3
Permohonan Bajet Pembangunan
Sediakan Kertas Cadangan Untuk Dilaksana Dalam RMK-11



Jan & Feb





Kemukakan Permohonan Bajet Pembangunan Negeri kepada Pegawai Kewangan Negeri



26/3





Kemukakan Cadangan Projek  Pembangunan Negeri kepada Pengarah UPEN



27/7





4
Promosi
Pembentangan Kertas Berkaitan Bridlot di Karnival Biotek Kelantan 2014



Mei






Tahap
Perkara
Aktiviti
2012
2013
2014
2015
2016
2017
2018
2019
2020


Wacana Potensi Pelaburan Dalam Sub-Sektor Ternakan Menjelang Tahun  2020




11/1




Pelancaran Kempen ‘Jom Pakat Simpan Induk Yang Berkualiti’




11/1




Lawatan rombongan pelabor dari Jepun untuk meninjau penternakan lembu sado di Bachok




22/2




Anak lembu sado dari Bachok dipamer di majlis pelancaran Lembu Hibrid Sado oleh YB Menteri Pertanian di Terengganu





19/3




Majlis Turun Padang, taklimat dan persetujuan Yang Berhormat  Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi Dan Teknologi Hijau Negeri Kelantan




24/3




Pendedahan konsep  kepada pegawai dan kakitangan melalui Konvensyen PPV Peringkat Negeri Kelantan




4/4




Promosi Lembu Hibrid Sado di Karnival Antarabangsa Bio Kelantan 2016




12/5




Lawatan YH Dato’ KP ke Projek Lembu hibrid




27/6




Pameran anak-anak lembu hidbrid di Ekspotani Negeri Kelantan




3 - 7/8




Tahap
Perkara
Aktiviti
2012
2013
2014
2015
2016
2017
2018
2019
2020


Penggambaran ‘Lembu Sado’ oleh Bernama




8 & 9/8




Lawatan Pengarah-Pengarah DVS Negeri ke projek lembu sado




9/8




Taklimat lawatan rombongan YB Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur  Dan Pertanian Selangor




21 & 22/8




Pameran anak-anak lembu hidbrid di MAHA 2016




Dis




Pertandingan Model Penternak Bridlot





Julai



Pameran & Promosi Penternakan Lembu NAIMbif  Secara Bridlot di HPPN Kelantan





Okt



5
Pelaksanaan Projek Perintis
Kelulusan Peruntukan Pembangunan




Jan




Pemilihan peserta





Mei




Perolehan dan pengagihan ternakan




x
x
x
x
x
6
Tindakan Pengukuhan dan Susulan
Penyesuaian Konsep Bridlot di peringkat Negeri dengan keperluan agenda Lembu Sado di peringkat Nasional




Mac




Pentauliahan  jurusuntik permanian beradas buat sendiri (DIY)



x
x

x

x
Bengkel Penternakan Lembu Kacukan Secara Bridlot Sebagai Pemacu Sektor Agropelancongan Kelantan




18 – 20/5




Pembelian semen beku secara berstrategik (sexed semen)




Okt




Tahap
Perkara
Aktiviti
2012
2013
2014
2015
2016
2017
2018
2019
2020


Sidang Penternak Lembu Bridlot





Mei



Bengkel Lanjutan Vetourism Sebagai Produk Agropelancongan





Nov



Menandatangani MoU antara Jabatan dengan Penternak Lembu Bridlot





x



Menggerakkan Persatuan Penternak NAIMbif





x



Meningkatkan Kompetensi Kakitangan Barisan Hadapan






x
x
x
Pelancaran “NAIMbif” oleh Kerajaan Negeri Kelantan





x



Kursus Amalan Perladangan Yang Baik Untuk Penternak NAIMbif






x
x
x
Penganjuran pelbagai aktiviti secara berkala bagi menyemarakkan “NAIMbif” sebagai produk agropelancongan di negeri Kelantan






x
x
x
Pembangunan Pusat Aktiviti NAIMbif (Arena NAIMbif)






x


Pembangunan Ladang Jabatan di Rong Chenok sebagai Pusat Pembangunan Sumber Genetik NAIMbif







x


Program Pembiakan Berstrategik NAIMbif





x
x
x
x
x
Pelaksanaan Sistem Pendaftaran Dan Tanda Pengenalan Lembu NAIMbif





x
x
x
x
Tahap
Perkara
Aktiviti
2012
2013
2014
2015
2016
2017
2018
2019
2020


Penubuhan Pasukan Pemantau Pelaksanaan Skim NAIMbif






x




Penggubalan Kod Amalan NAIMbif





x



Kursus pemotongan daging prima





x



Mempatenkan Kod Amalan NAIMbif






x


Meletakkan Aktiviti NAIMbif Dalam Kalendar Pelancongan Negeri Kelantan






x
x
x
Mewujudkan Ladang Contoh NAIMbif Untuk Agropelancongan Di Bachok







x
x
Menaiktaraf Premis Jabatan Untuk Kemudahan Pembangunan Sumber Manusia Yang Terlibat Dalam Pembangunan NAIMbif







x

Mentransformasikan Perkhidmatan Permanian Beradas








x
7
Pemantauan, Penilaian dan Pengiktirafan
Penganugerahan  Sijil Pengiktirafan kepada ladang-ladang yang memenuhi ciri NAIMbif






x
x
x
Kajian Ekonomi Ladang NAIMbif mengikut pelbagai saiz pengeluaran






x
x
x
Konvensyen Usahawan NAIMbif








x







PERANCANGAN JANGKA PANJANG MENJELANG TAHUN 2040

Terdapat beberapa tindakan yang sedang dilaksanakan dan perlu diteruskan atau yang  masih belum tetapi perlu dilaksanakan bagi memastikan agenda NAIMbif akan berterusan dalam memberi manfaat kepada golongan sasar yang terlibat (Jadual B).

  1. Perancangan Yang Telah Diputuskan Dan Sedang Dilaksanakan

         Penerangan Atau Penyebaran Idea NAIMbif

Idea NAIMbif perlu disebarkan secara lebih meluas di kalangan masyarakat penternak lembu hibrid di negeri Kelantan. Norma kerja bagi proses ini ialah sepanjang masa dan setiap tahun melalui pelbagai media.

         Pelaksanaan Projek Perintis Bridlot

Penggunaan Peruntukan Pembangunan Negeri di bawah kod P26:26001 (Operasi Induk-Anak) perlu diteruskan bagi menggalak lebih ramai penternak yang berpotensi terlibat di dalam penternakan lembu hibrid secara bridlot yang mana nanti boleh dibimbing ke arah persijilan NAIMbif. Norma kerja bagi proses ini ialah setiap tahun bermula pada tahun 2016.

         Penggubalan Kod Amalan NAIMbif

Kod Amalan NAIMbif ini merupakan dokumen yang mengandungi standard peraturan yang perlu dipatuhi dan menjadi rujukan dalam proses mengakreditasi penternakan NAIMbif.

         Program Pembiakan Berstrategik

Di bawah program pembiakan berstrategik, Jabatan perlu terus menggunakan sebahagian dari peruntukan pembangunan untuk membeli semen betina  baka Charolais untuk disuntik kepada induk-induk hibrid Charolais terpilih bagi meningkatkan populasi lembu betina yang berkualiti untuk dijadikan pembiak.

Pada masa kini terdapat lebihkurang 10,000 ekor induk-induk lembu hibrid di negeri Kelantan (anggaran 20% daripada keseluruhan populasi induk dalam negeri) dengan anggaran jumlah induk hibrid baka Charolais sebanyak 7,000 ekor.

Pembelian semen dari pelbagai baka adalah bertujuan untuk meningkatkan sumber genetik induk-induk baka Kedah-Kelantan manakala pembelian semen betina Charolais adalah bertujuan untuk meningkat jumlah induk-induk Charolais F2 dan F3. Untuk itu perancangan dari segi keperluan kewangan perlu dibuat dengan betul. Norma kerja bagi proses ini ialah setiap tahun bermula pada tahun 2016 sehingga tahun 2025, iaitu penghujung RMK-12.

         Pemindahan Teknologi Secara Berperingkat

Bilangan jurusuntik permanian beradas buat sendiri yang bertauliah perlu ditambah dari masa ke semasa mengikut keperluan. Jabatan juga boleh mempertimbangkan jurusuntik JPV yang telah bersara untuk ditauliahkan sebagai jurusuntik buat sendiri. Dengan cara ini, beban Jabatan dalam mengendalikan penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan akan dapat dikurangkan.

Norma kerja bagi proses pentauliahan ini dibuat setiap 2 tahun sekali bermula pada tahun 2018. Proses ini merupakan sambungan dari proses yang telah dilaksanakan sebelum ini.

         Meningkatkan Kompetensi Kakitangan Barisan Hadapan

Kakitangan JPV yang bertindak selaku rakan pembimbing pengembangan veterinar perlu sentiasa kompeten dengan tugas yang disandang. Mereka perlu berinformatif terutama dalam bidang ternakan lembu  NAIMbif yang kini menjadi agenda penting di peringkat negeri. Rancangan pembangunan sumber manusia akan  sentiasa disusun mengikut keperluan sebenar.

Bengkel, kursus atau seminar bertujuan untuk memberi pendedahan tentang maklumat terkini NAIMbif untuk kakitangan yang terlibat dengan kerja-kerja pengembangan ini dicadangkan dengan norma kekerapan setiap dua tahun sekali bermula pada tahun 2018.

         Meningkatkan Kompetensi Jurusuntik Permanian Beradas

Jurusuntik permanian beradas sama ada dari  JPV ataupun jurusuntik buat sendiri yang ditauliahkan perlu sentiasa dikemaskinikan pengetahuan mereka dalam aspek pembiakan. Proses meningkatkan kompetensi jurusuntik ini akan dilaksanakan melalui kursus formal atau melalui media sosial yang sesuai.

         Pembangunan Sistem Pengkalan Data NAIMbif

Rekod adalah satu elemen penting dalam pelaksanaan Skim Akreditasi NAIMbif. Satu sistem pengkalan data yang lengkap dengan ciri dayajejak yang baik akan dibangunkan oleh JPV  dalam mengawalselia setiap perkembangan premis dan ternakan NAIMbif dari masa ke semasa.

         Perkhidmatan  Pasukan Pakar Rujuk Dan Pegawai Sumber NAIMbif

JPV akan mengenalpasti, melatih dan melantik kumpulan pakar rujuk atau pegawai sumber dari setiap bidang seperti ekonomi ladang, kesihatan, pengurusan, pembiakan, pemakanan dan sebagainya bagi memastikan khidmat nasihat dan rundingcara kepada penternak-penternak NAIMbif dapat disampaikan dengan berkesan.

         Program Pengembangan Veterinar Sebagai Mekanisma Pemantauan NAIMbif

Program Pengembangan Veterinar (PPV) perlu dijadikan sebagai mekanisma dalam membuat pemantauan, mengumpul serta menganalisis segala maklumat berkaitan dengan NAIMbif. Setiap ladang NAIMbif perlu mempunyai seorang rakan pembimbing di peringkat jajahan di mana premis tersebut terletak. Empat disiplin ilmu di dalam PPV seperti ekonomi ladang, kesihatan veterinar pencegahan, teknologi maklumat serta pengembangan veterinar perlu menjadi amalan tetap.

         Penyelidikan Dan Pembangunan (R&D)

Pelbagai bentuk penyelidikan dan pembangunan berkaitan dengan lembu NAIMbif yang dapat dijalankan dan norma masa pelaksanaannya adalah  mengikut keperluan atau keutamaan. Antaranya ialah :

i.         Kajian ekonomi ladang NAIMbif mengikut pelbagai saiz pengeluaran
ii.     Kajian keberkesanan kos berdasarkan penggunaan pelbagai bahan hijau dan sisa pertanian sebagai sumber makanan NAIMbif
iii.   Kajian prestasi tumbesaran anak NAIMbif berdasarkan perbezaan generasi induk
iv.    Kajian prestasi tumbesaran anak NAIMbif berdasarkan perbezaan baka semen
v.    Kajian prestasi produktiviti induk  NAIMbif berdasarkan perbezaan sumber bahan makanan
vi.    Kajian kualiti daging anak-anak jantan NAIMbif berdasarkan perbezaan sumber bahan makanan
vii.    Kajian prestasi peratus lapah anak-anak jantan NAIMbif berdasarkan generasi induk
viii.  Kajian prestasi peratus lapah anak-anak jantan NAIMbif berdasarkan perbezaan baka semen
ix.       Kajian kualiti daging anak-anak jantan NAIMbif berdasarkan perbezaan jenis pemakanan
x.      Kajian kualiti daging anak-anak jantan NAIMbif berdasarkan perbezaan baka semen
xi.    Kajian potensi anak-anak betina NAIMbif sebagai pembiak berdasarkan perbezaan baka semen
xii.   Kajian tempoh produktif induk NAIMbif
xiii.     Kajian dayabiak anak-anak jantan NAIMbif sebagai pejantan baka
xiv.   Kajian kesesuaian penternakan NAIMbif sebagai aktiviti alternatif di kawasan perladangan integrasi


  1. Perancangan  Yang Telah Dipersetujui Atau  Diputuskan  Tetapi Belum  Dilaksanakan Lagi

         Latihan Untuk Penternak

JPV akan melaksanakan program latihan secara berkala untuk penternak-penternak lembu hibrid berkaitan aspek penternakan NAIMbif secara bridlot.

         Program Bimbingan Ke  Arah Persijilan NAIMbif

Melalui PPV, pegawai sumber dan rakan pembimbing akan diberi tanggungjawab  dalam membimbing mana-mana penternak lembu hibrid secara  bridlot sehingga mereka mampu memperolehi pengiktirafan NAIMbif. Norma kerja bagi proses ini adalah sepanjang masa pada setiap tahun.

         Program Pembangunan Sumber Manusia Jabatan

Bengkel, kursus atau seminar bertujuan untuk memberi pendedahan tentang maklumat terkini NAIMbif untuk kakitangan yang terlibat dengan kerja-kerja pengembangan dicadang untuk diadakan setiap dua tahun sekali bermula pada tahun 2022.

         Seminar Untuk Orang Awam

Seminar ini bertujuan untuk menyediakan peluang perkongsian pengalaman antara pemain-pemain dalam bidang penternakan NAIMbif. Melalui forum ini, penternak yang berjaya akan diberi peluang untuk membentangkan hasil kejayaan projek mereka kepada masyarakat untuk dijadikan sebagai rujukan.

         Pembangunan Pusat  Sumber Genetik NAIMbif Di Ladang Rong Chenok.

Sebahagian daripada kawasan ladang ternakan milik Jabatan di Rong Chenok akan dijadikan sebagai kawasan untuk pembangunan sumber genetik lembu pedaging hibrid. Dijangkakan pusat ini dapat mula beroperasi pada tahun 2018.

         Pembangunan Pusat Aktiviti NAIMbif (Arena NAIMbif) Di Bachok

Semua aktiviti yang berkaitan bagi menyemarakkan penternakan NAIMbif  dapat dijalankan secara berpusat seperti pertandingan lembu cantik, karnival NAIMbif, pusat jualan NAIMbif  dan lain-lain lagi. Kawasan yang paling sesuai untuk dipilih sebagai Arena NAIMbif adalah di sekitar Jajahan Bachok. Bagi menjayakan rancangan ini, tapak kawasan seluas  5  hektar  diperlukan bagi tujuan pembinaan prasarana yang diperlukan. Arena NAIMbif ini diharap dapat direalisasikan pada tahun 2018.

           
 Contoh susunatur konsep Arena NAIMbif
            

         Menggerakkan Persatuan Penternak NAIMbif

Pengusaha NAIMbif perlu digerakkkan melalui persatuan. Sebagai permulaan Jabatan perlu membantu dari segi pembentukan jawatankuasa penaja, penyediaan undang-undang tubuh persatuan, pendaftaran dan sebagainya. Dicadangkan persatuan tersebut dapat digerakkan mulai tahun 2018.

         Pelaksanaan Sistem Pendaftaran Dan Tanda Pengenalan Lembu NAIMbif

Semua ternakan NAIMbif perlu didaftarkan selaras dengan peraturan yang ditetapkan di dalan Enakmen Lembu/Kerbau Negeri Kelantan. Di samping itu setiap ternakan akan di daftarkan di dalam sistem pengkalan data yang dibangunkan oleh Jabatan. Pelaksanaan peraturan pendaftaran ini akan berkuatkuasa mulai tahun 2018.

         Penganjuran Pelbagai Aktiviti Berkaitan NAIMbif Untuk Tarikan Pelancong

Amalan penternakan lembu NAIMbif  mengandungi elemen yang unik dan mampu diketengahkan sebagai salah satu produk agropelancongan. Antara aktiviti yang mampu menarik kunjungan pelancong ialah pertandingan lembu cantik.

Satu lagi aktiviti yang mampu menarik pelancong di samping menjana ekonomi penternak ialah pelancongan ibadat dengan menganjurkan majlis kurban NAIMbif yang melibatkan lembu yang berkualiti dan bernilai tinggi. Sasaran utama program ini ialah masyarakat elit dalam negeri juga pelancong-pelancong dari luar negara seperti Singapura, Negara Berunai Darussalam dan lain-lain lagi.

Melalui majlis tersebut, peserta bukan sahaja berpeluang untuk menyaksi sendiri upacara kurban, malahan juga diberi peluang untuk membelai dan memandikan ternakan kurban mereka sebelum disembelih.

                  
Lembu jantan hibrid Charolais  ini adalah contoh produk  NAIMbif yang sesuai
untuk majlis ibadat kurban yang ingin disertai oleh pelancong dari luar negara.
Lembu seberat 1.2 tan metrik ini telah dijual untuk disembelih dengan
harga RM20,000.00 



         Mewujudkan Ladang Contoh NAIMbif Untuk Agropelancongan Di Bachok

Beberapa buah ladang NAIMbif yang berpotensi di Bachok perlu dipupuk dan dibangunkan sebagai ladang contoh agropelancongan. Untuk merealisasikan tujuan ini, pelbagai pihak selain dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar perlu dilibatkan seperti potfolio pertanian,  pelancongan, belia serta  pembangunan wanita di bawah Kerajaan Negeri. Di samping itu agensi-agensi seperti Unit Perancang Ekonomi Negeri Kelantan, Pusat Penerangan Pelancongan, pihak berkuasa tempatan serta lain-lain agensi yang terlibat dalam penyediaan prasarana juga perlu sama berganding bahu.

Persekitaran ladang yang terlibat bukan sahaja perlu dilengkapkan dengan prasarana yang sesuai dan menarik, malahan pemilik serta penduduk sekitarnya juga perlu dibimbing dan dilatih untuk berurusan dengan pelancong-pelancong yang datang melawat. Ladang-ladang yang terlibat perlu berada dalam peta atau laluan pelancongan negeri Kelantan.

         Mempatenkan Kod Amalan NAIMbif

Kod Amalan NAIMbif yang dijadikan standard rujukan dalam mengakradetasikan ladang yang terlibat perlu dijaga hakciptanya.

         Meletakkan Aktiviti NAIMbif Dalam Kalendar Pelancongan Negeri Kelantan

Aktiviti bermusim yang melibatkan NAIMbif seperti pertandingan lembu cantik yang diadakan secara bermusim perlu berada dalam kalendar pelancongan negeri Kelantan.

  1. Perancangan Yang Belum Diputuskan Tetapi Perlu Dilaksanakan.

   Penubuhan Unit Pemantau Di Bawah Seliaan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi Dan Teknologi Hijau Negeri Kelantan

Unit Pemantau ini  perlu diwujudkan memandangkan NAIMbif adalah ‘pet project’ bagi Kerajaan Negeri dan unit ini nanti akan menjadi perantara yang lebih dekat antara Kerajaan Negeri yang menentukan dasar dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan selaku agensi teknikal yang melaksanakan dasar.

Unit ini bertanggungjawab pada bila-bila masa berbincang dengan pihak JPV mengenai pelbagai isu berkaitan dan melaporkan sebarang perkembangan atau kemajuan yang dicapai dalam pelaksanaan NAIMbif kepada pihak Kerajaan Negeri.

       Penubuhan Hospital Veterinar Untuk Ruminen Besar Dengan Kerjasama Pihak UMK

Ternakan NAIMbif yang bernilai tinggi semestinya memerlukan kemahiran dan kepakaran dalam penjagaan kesihatan dan juga rawatan. Penubuhan Hospital Veterinar Untuk Ruminan Besar dengan kerjasama dari pihak Universiti Malaysia Kelantan amatlah sesuai terutamanya di Jajahan Bachok yang terkenal dengan ternakan hibrid yang berkualiti dan bernilai tinggi.

       Pembangunan  Aktiviti Huluan Dan Hiliran

Aktiviti huluan seperti perusahaan memproses makanan untuk ternakan NAIMbif  serta aktiviti hiliran seperti pengeluaran produk makanan dan bukan makanan yang berasaskan ternakan lembu  perlu dibangunkan bagi menyokong perkembangan perusahaan penternakan  NAIMbif.

Antara perusahaan hiliran bukan makanan yang berpotensi ialah pengeluaran barangan kulit lembu seperti beg, tali pinggang, topi dan sebagainya, manakala perusahaan yang berasaskan makanan ialah restoran masakan tradisional yang menyediakan menu istimewa  masyarakat Kelantan yang berkaitan dengan NAIMbif seperti gulai kawah, sup keting, sup ‘gear box’, kerabu perut, air asam perut muda, sup kulit lembu dan sebagainya.
  


       Pembangunan Outlet Untuk Produk Utama Dan Produk Sampingan NAIMbif



Gerai atau kiosk bagi menjual produk-produk NAIMbif  seperti daging potongan prima, barangan cenderahati dan sebagainya perlu diwujudkan di sekitar perkampungan NAIMbif atau di bandar-bandar yang menjadi tempat kunjungan pelancong.

           
                  Menaiktaraf Premis Jabatan Untuk Kemudahan Pembangunan Sumber Manusia Yang                   Terlibat Dalam Pembangunan NAIMbif

Kemudahan yang lengkap seperti ruang dewan yang selesa, peralatan pandangdengar yang baik diperlukan untuk menjalankan sebarang kursus atau latihan secara dalaman bagi pegawai dan kakitangan Jabatan. Dicadangkan kerja-kerja menaiktaraf ini dapat dilaksanakan pada tahun 2021

       Mentransformasikan Perkhidmatan Permanian Beradas

Perkhidmatan permanian beradas merupakan aktiviti utama dalam pelaksanaan program NAIMbif. Satu  pasukan kerja telah dibentuk bagi mengkaji aspek-aspek yang sesuai dan mengemukakan kertas cadangan bagi mentransformasikan perkhidmatan permanian beradas. Antara aspek  yang dikaji ialah kemungkinan menyerahurus perkhidmatan permanian beradas kepada pihak swasta atau koperasi yang berpengalaman. Proses transformasi perkhidmatan permanian beradas ini dijangka dapat dilaksanakan bermula pada tahun 2020. Melalui proses transformasi ini, penternak-penternak yang berskala besar perlu mendapat perkhidmatan permanian beradas secara berbayar sepenuhnya dari pihak swasta. Jabatan akan memberi tumpuan perkhidmatan kepada penternak kecil dan sederhana.



Lampiran B

PERANCANGAN PELAKSANAAN  PROGRAM PEMBANGUNAN NAIMbif DI SEPANJANG TEMPOH RMK-12 HINGGA RMK-15 (2021 HINGGA 2040)
Bil
Perkara
Aktiviti
RMK-12
(2021-2025)
RMK-13
(2026-2030)
RMK-14
(2031-2035)
RMK-15
(2036-2040)
1
2
3
4
5
1
2
3
4
5
1
2
3
4
5
1
2
3
4
5
1
Penyebaran Idea NAIMbif
Penerangan secara berterusan tentang NAIMbif melalui platform yang sesuai seperti ‘Sidang Penternak’ ‘Flyers’ pameran, laman sosial dan lain-lain
x
x
x
x
x















2
Pelaksanaan Projek Perintis
Pengagihan pawah induk hibrid NAIMbif
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
3
Program Pembiakan Berstrategik
Perolehan semen betina baka Charolais untuk meningkatkan bilangan induk-induk NAIMbif
x
x
x
x
x















4
Pemindahan Teknologi
Pentauliahan Jurusuntik Permanian Beradas Buat Sendiri (DIY)
x

x

x

x

x

x

x

x

x

x









Pemindahan Teknologi
Pentauliahan Jurusuntik Permanian Beradas Buat Sendiri (DIY)
x

x

x

x

x

x

x

x

x

x

Pembangunan Sumber manusia
Bengkel, kursus atau seminar bertujuan untuk memberi pendedahan tentang maklumat terkini NAIMbif untuk kakitangan yang terlibat dengan kerja-kerja pengembangan


x

x

x

x

x

x

x

x

x

x
Meningkatkan Kompetensi Jurusuntik Permanian Beradas
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
Pengukuhan Program NAIMbif
Pembangunan Dan Pelaksanaan  Sistem Pengkalan Data NAIMbif
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
Perkara
Aktiviti
RMK-12
(2021-2025)
RMK-13
(2026-2030)
RMK-14
(2031-2035)
RMK-15
(2036-2040)
1
2
3
4
5
1
2
3
4
5
1
2
3
4
5
1
2
3
4
5

Pelaksanaan Sistem Pendaftaran Dan Tanda Pengenalan Lembu NAIMbif
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
Perkhidmatan  Pasukan Pakar Rujuk Dan Pegawai Sumber NAIMbif
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
Program Pengembangan Veterinar Sebagai Mekanisma Pemantauan NAIMbif
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
Meletakkan Aktiviti NAIMbif Dalam Kalendar Pelancongan Negeri Kelantan
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
Penyelidikan Dan Pembangunan (R&D)
Kajian Ekonomi Ladang NAIMbif mengikut pelbagai saiz pengeluaran
x
x
x

























Tiada ulasan:

Catat Ulasan