Apakah Yang Maksudkan
Dengan NAIMbif?
NAIMbif adalah satu sistem pengeluaran lembu pedaging yang mendapat akreditasi berasaskan kepada penggunaan induk kacukan Charolais generasi F2 dan F3 sebagai keperluan minimum yang telah mencapai tahap piawaian kualiti yang ditetapkan, dipelihara secara gerompok semi-intensif bagi tujuan pembiakan secara tertutup (bridlot) bagi menghasilkan daging yang halal, berkualiti, bersih dan suci berasaskan hukum syarie selaras dengan konsep Bertani Satu Ibadah.
Falsafah skim pengeluaran NAIMbif adalah
sebagaimana firman Allah -
'Makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah
iaitu yang halal lagi baik dan bertakwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja
kamu beriman'
Sejauh
Manakah NAIMbif Mampu Memenuhi Dasar
Bertani Satu Ibadah?
NAIMbif merupakan satu kaedah dimana penternakan lembu hibrid dijalankan dengan tumpuan untuk menjadikannya sebagai satu pekerjaan yang mulia dan diceburi ramai, sama ada pada skala komersial, semi-komersial atau secara kecilan dengan harapan untuk :
- Melahirkan masyarakat penternak yang menghayati Islam dan konsep ibadah dalam kehidupan dan pekerjaan seharian
- Memupuk minat rakyat untuk menceburi bidang penternakan dengan memanfaatkan segala sumber alam, potensi, tanah-tanah terbiar dengan aktiviti yang dapat mengoptimumkan penjanaan ekonomi.
- Melahirkan masyarakat penternak yang sedar dan bertanggungjawab terhadap kebajikan haiwan, kesejahteraan persekitaran, kejiranan, pengeluaran produk yang halal dan selamat untuk dimakan.
- Melahirkan masyarakat penternak yang sedar akan kepentingan amalan penternakan yang mengutamakan kualiti melalui penggunaan sistem yang cekap dan produktif.
Kenapa Induk Baka Kacukan Charolais Generasi F2 dan F3 Yang Menjadi Pilihan Untuk Penjenamaan Sistem Pengeluaran Lembu NAIMbif?
Induk baka kacukan Charolais generasi F2 dan F3 menjadi keperluan minimum sebagai asas untuk pembiakan lembu NAIMbif kerana :
- Baka Charolais merupakan baka yang paling popular dan menjadi pilihan utama di kalangan penternak-penternak lembu hibrid di negeri Kelantan semenjak semen baka ini mula diperkenalkan pada tahun 1974 lagi.
- Induk baka kacukan Charolais telah terbukti mampu menghasilkan anak-anak kacukan yang berkualiti dan mendapat permintaan yang tinggi di pasaran.
![]() |
Dr. Suratan bin Kamarudin, Pengarah Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan bersama seekor induk lembu kacukan Charolais
|
![]() |
Induk baka kacukan Charolais generasi F2 dan F3 yang menjadi pilihan untuk penjenamaan sistem pengeluaran lembu NAIMbif |
·
Baka
kacukan ini telah semakin stabil dan dapat menyesuaikan diri dengan cuaca,
suhu dan persekitaran negeri ini.
·
Induk
Charolais menunjukkan sifat keibuan yang baik, jinak serta mudah diurus.
·
Lembu
betina kacukan Charolais mencapai umur matang yang cepat, sehingga mampu
menunjukkan tanda-tanda untuk mengawan seawal umur satu tahun.
·
Induk
kacukan Charolais F2 dan F3 menunjukkan prestasi pembiakan yang baik dengan
purata jarak lahir tidak melebihi 360 hari.
·
Induk
kacukan Charolais F2 dan F3 sesuai untuk dikacuk dengan semen dari mana-mana
baka berprestasi tinggi dengan ciri otot berganda dengan kadar mengalami kesulitan semasa melahirkan anak
(distokia) yang rendah.
·
Peratus
lapah yang boleh mencapai 60 peratus di
kalangan penjantan yang disembelih pada umur 2 tahun 6 bulan.
Apakah
Yang Dimaksudkan Dengan Penternakan Lembu Secara Bridlot?
Penternakan lembu secara bridlot bermaksud
induk-induk lembu dipelihara dan dibiakkan secara intensif atau semi-intensif
dalam kawasan yang berpagar atau
terkawal dengan diberi makan dari rumput yang ditanam, bahan hijau atau sisa
pertanian yang dirawat untuk menambah nilai nutrisi, disamping konsentrat
sebagai makanan tambahan.
Apakah
Tujuan Sistem Pengeluaran Lembu NAIMbif Diperkenalkan?
Sistem pengeluaran lembu NAIMbif
diperkenalkan bertujuan untuk mewujudkan
satu sistem pengeluaran lembu pedaging kacukan bagi menghasilkan lembu pedaging
dan produk pedaging yang berkualiti, halal, bersih , suci dan bebas dari
penyakit merbahaya untuk kegunaan semua pengguna bagi melahirkan masyarakat
yang bertaqwa dan sihat.
Sistem NAIMbif akan memberi tumpuan kepada mentransformasi
bidang penternakan lembu kacukan yang diamalkan secara kecil dan sederhana oleh penternak-penternak di negeri Kelantan
kepada kaedah yang boleh disesuaikan dengan keperluan masa hadapan tanpa
mengenepikan aspek-aspek keunikan amalan
sedia ada yang boleh memberi nilaitambah kepada pembangunan industri ternakan.
Sistem penternakan NAIMbif ini juga diharap menjadi perangsang kepada pertumbuhan
industri pedaging semi komersil dan kecilan negeri Kelantan supaya lebih
berdaya saing, berdaya maju, berdaya tahan serta bersepadu sepenuhnya melalui
perkhidmatan veterinar yang berkualiti.
Apakah Matlamat Utama NAIMbif?
Menjadikan negeri Kelantan unggul sebagai pengeluar utama baka lembu kacukan
yang berkualiti dan produk pedaging halal yang utama di Malaysia.
Apakah Objektif utama NAIMbif ?
·
Untuk menjadikan projek lembu pedaging kacukan
sebagai penjana sumber ekonomi kepada masyarakat
petani Negeri Kelantan melalui amalan penternakan yang tersusun, efisien dan
berdaya maju..
· Untuk mengeluarkan lembu pedaging
yang mencapai piawaian kualiti yang ditetapkan untuk tujuan baka dan daging berdasarkan
konsep Bertani Satu Ibadah.
· Untuk menyediakan kaedah
pengiktirafan mengikut tahap piawaian yang ditetapkan kepada pengusaha lembu
pedaging di bawah amalan pengeluaran lembu NAIMbif
![]() |
NAIMbif menyediakan peluang pengiktirafan terhadap penternak yang memenuhi tahap piawaian yang ditetapkan. |
Apakah Keistimewaan Jika Menyertai Skim Akreditasi NAIMbif?
• Skim akreditasi yang dibangunkan ini akan melibatkan
penganugerahan logo dan sijil yang menjadi lambang pengiktifaran dan kualiti
terhadap produk yang dikeluarkan. Penganugerahan logo akan diberi kepada semua
pengusaha mengikut bidangusaha masing-masing. Mana-mana penternak atau usahawan
ternak yang mendapat pengiktirafan ini akan memegang hak memiliki, mengawalselia dan mempromosikannya.
·
Peserta berpeluang untuk mendapat khidmat
bimbingan dan rundingcara secara berterusan dalam bidang pengurusan, pemakanan,
pembiakbakaan, kesihatan dan ekonomi ladang melalui Program Pengembangan
Veterinar.
• Ternakan dan hasilan ternakan yang lebih berkualiti dapat
dikeluarkan.
• Bidangusaha menjadi lebih
efisien melalui penambahbaikan pengurusan sumber secara sistematik dan efektif.
• Akreditasi yang diterima dapat membantu meyakinkan pembeli atau
pengguna terhadap kualiti ternakan serta produk yang dihasilkan.
• Peluang untuk mendapatkan margin keuntungan yang lebih besar
melalui harga jualan ternakan dan hasilan ternakan yang lebih tinggi.
Siapakah Yang Layak Untuk Menjadi Peserta Skim NAIMbif?
Pengusaha
ternakan lembu kacukan yang terdiri
daripada penternak kecil, usahawan ternak, agensi kerajaan atau sektor swasta
yang mengusahakan ternakan secara bridlot di negeri Kelantan.
Apakah Syarat-Syarat Untuk Menyertai Skim NAIMbif?
Peserta
yang ingin menyertai Amalan Pengurusan Lembu NAIMbif hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:-
·
Mempunyai
keluasan tapak projek yang mencukupi
bagi menampung keperluan minimum kawasan kandang dan tanaman rumput mengikut jumlah induk.
·
Telah melibatkan diri dalam bidangusaha penternakan
lembu kacukan lebih dari
2 tahun
·
Bidang usaha dijalankan di Negeri Kelantan
·
Memiliki sekurang-kurangnya 5 ekor induk kacukan baka
Charolais dengan komposisi minimum induk dari generasi F2 dan F3 sebanyak 60
peratus.
·
Ternakan hendaklah milik pengusaha sendiri dan berdaftar
di bawah Enakmen Lembu/Kerbau Negeri Kelantan Tahun 1968.
·
Bersetuju mematuhi segala etika dan peraturan yang
ditetapkan dengan penuh disiplin dan tanggungjawab.
·
Bersedia
untuk berkongsi maklumat asas yang
diperlukan di bawah program ini secara
jujur bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar
Negeri Kelantan.
Bagaimanakah Pengeluaran
Lembu NAIMbif ini Dikatakan
Sebagai Penternakan Masa Depan Kita?
·
Sistem pengeluaran lembu NAIMbif memberi tumpuan
kepada penggunaan kawasan pertanian secara cekap dan efektif sesuai dengan
saiz kawasan pertanian yang semakin
mengecil.
·
Sistem pengeluaran lembu NAIMbif mengamalkan usaha
secara mesra alam tanpa memberikan kesan negatif terhadap persekitaran. Ternakan yang
dipelihara perlu seimbang dengan persekitaran supaya tidak menjejaskan ekosistem,
rupa bentuk tanah dan tumbuhan. Bahan hijau serta sisa pertanian dikitar semula
untuk dijadikan makanan ternakan manakala sisa buangan diolah secara sistematik
supaya tidak mencemarkan persekitaran.
Apakah Output Dari Sistem Pengeluaran Lembu NAIMbif ini?
Sistem pengeluaran lembu NAIMbif ini akan
menghasilkan dua bentuk output utama secara langsung :
·
Lembu-lembu betina muda yang
berkualiti dan sesuai untuk tujuan pembiakan
·
Lembu-lembu jantan muda yang
sesuai untuk tujuan penggemukan bagi penghasilan daging primer yang berkualiti
|
|
Kejayaan penjenamaan Lembu NAIMbif adalah berkat dari sokongan pihak
Kerajaan, hasil usaha yang berterusan oleh kakitangan yang berkemahiran serta
komitmen dan minat yang mendalam di kalangan
penternak.
Bagaimanakah Cara Untuk Menyertai Skim NAIMbif?
Apakah Kriteria-Kriteria Fizikal Yang Memenuhi Piawaian Yang Ada Pada
Induk-Induk Lembu NAIMbif?
·
Berat minimum 260 kilogram pada
umur matang 18 bulan
·
Purata jarak kelahiran maksimum
360 hari
·
Ketinggian kerangka badan minimum
1.22 meter
·
Panjang kerangka badan minimum 1.5 meter
·
Lebar tulang pelvik minimum 32
sentimeter
·
Panjang organ pembiakan minimum
18 sentimeter (ukuran secara perabaan)
·
Ukur lilit ovari minimum 3
sentimeter (ukuran secara perabaan)
Lebar, tinggi dan panjang kerangka badan diukur bagi menentukan induk-induk NAIMbif memenuhi kriteria yang ditetapkan.
Bagaimana Cara Untuk Mengenali Ternakan NAIMbif?
·
Jabatan akan menggunapakai sistem pendaftaran yang teratur yang dapat diterima pakai serta boleh dinilai
sepanjang masa.
·
Semua ternakan NAIMbif
mestilah mempunyai pengenalan tetap berpandukan Kod Ladang yang
dikeluarkan.Ternakan akan diberi pengenalan fizikal melalui salah satu kaedah
atau gabungan cara berikut:-
* Tag telinga kiri
* Branding dengan besi
panas/sejuk
* Cacah(tattoo) ditelinga kanan
* Microchip(transponder)
Adakah Induk Lembu NAIMbif Ini Merupakan Baka Yang Baharu Diperkenalkan
?
Induk lembu NAIMbif bukanlah baka yang baharu
diperkenalkan. Ianya merupakan induk-induk terbaik dan memenuhi piawaian yang ditetapkan, yang dipilih dari baka
kacukan Charolais yang dipelihara oleh penternak-penternak yang berpengalaman
di negeri Kelantan.
Bagi Pembeli Yang Berminat, Dimanakah
Bekalan Lembu NAIMbif Ini
Dapat Diperolehi?
Peminat lembu NAIMbif boleh mendapatkan
sumber bekalan ternakan dari
ladang-ladang yang telah mendapat persijilan yang dikeluarkan oleh Jabatan
Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan.
Berapakah Jumlah Bayaran Dikenakan Untuk Menyertai Skim NAIMbif?
·
Tiada bayaran yang dikenakan bagi menyertai
Skim NAIMbif.
Bagaimana Sumber Makanan Lembu NAIMbif Diurus?
·
Sumber utama makanan NAIMbif
ialah rumput yang ditanam atau bahan hijau yang berkualiti dan bebas
dari bahan toksik disamping konsentrat atau lain-lain makanan tambahan.
·
Bekalan air mestilah sentiasa mencukupi
untuk keperluan ternakan dan berpunca dari sumber yang bersih
Berapakah Keluasan Minimum Bagi Menampung Satu Unit NAIMbif?
Satu unit NAIMbif
yang mengandungi minimum lima ekor induk memerlukan kawasan seluas 0.4 hektar
(1 ekar) untuk tanaman rumput serta binaan kandang dan lain-lain keperluan asas.
Kawasan tanaman rumput serta bahan
hijau yang mencukupi diperlukan untuk sumber makanan lembu dalam sistem NAIMbif
Siapakah Yang Akan Bertanggungjawab Dalam Pengurusan Skim
Akreditasi Lembu NAIMbif ?
·
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan akan
menubuhkan badan pengawasan akreditasi bagi menentukan kelayakan untuk
penganugerahan, penarikan, pengauditan serta pemantauan akreditasi NAIMbif secara berterusan.
Adakah Sistem Pengeluaran Lembu NAIMbif Ini Mampu
Mencetuskan Lain-Lain Aktiviti Ekonomi?
·
Slain dari menghasilkan anak-anak lembu kacukan yang
berkualiti untuk tujuan pembakaan dan pedaging, NAIMbif juga mampu merangsang
pertumbuhan aktiviti huluan seperti pemprosesan bahan hijau dan sisa pertanian
untuk sumber makanan ternakan, aktiviti hiliran seperti pengeluaran baja
organik, perusahaan makanan tradisional berasaskan produk daging, kulit dan
sebagainya.
·
Penternakan NAIMbif
boleh digerakkan bersama dengan lain-lain aktiviti secara bersepadu bagi memacu sektor
agropelancongan di negeri Kelantan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan